Page 9 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 9

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Tema 2

                  Kemahiran Membaca

            SP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.
           Baca  dan  fahami  petikan  di bawah  ini.  Kemudian,  lengkapkan  rajah  yang berikut dengan
           maklumat yang betul.   KBAT  Menganalisis

             Beijing Foreign Studies University (BFSU) merupakan universiti terawal di China yang
             menawarkan jurusan pengajian Melayu pada peringkat ijazah sarjana muda. Lulusan pengajian
             Melayu BFSU sebahagiannya menjadi pegawai diplomatik, jurubahasa, penyiar di Bahagian
             Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China, wartawan agensi berita Xinhua, pegawai di pelbagai
             syarikat China di alam Melayu, pemandu pelancong, dan pegawai bank termasuk Bank of China
             di Kuala Lumpur.
                 Warga China, Zhang Xian atau dikenali dengan nama Melayu, Melor dapat bertutur bahasa
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
             Melayu  dengan  fasih.  Melor  bertugas  sebagai  penterjemah  bahasa  Melayu  di  China  Radio
             International, Beijing dan menjadi Felo  Tamu selama 10 bulan di ATMA UKM. Melor sering
             berkongsi maklumat mengenai perkembangan bahasa Melayu dan budaya Melayu di BFSU serta
             pengalaman mempelajari dan menguasai bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan nilai bahasa
             Melayu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat China yang mampu menguasai bahasa
             Melayu dengan baik dan lancar, sama ada di dalam negara China mahupun di luar negara China.
                 Bahasa Melayu terus berkembang maju melalui persidangan antarabangsa dalam bahasa
             Melayu yang diadakan di negara China, penerbitan ribuan buku dan makalah dalam bahasa
             Melayu di negara berkenaan selain radio yang bersiaran dalam bahasa Melayu di negara yang
             terkenal dengan kain sutera itu. Sekali gus, universiti di China ini telah memartabatkan bahasa
             Melayu di luar Nusantara Melayu.

                           Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Bahasa Melayu di China antara Keperluan
                                         dan Tuntutan’, https://www.ukm.my/atma/news/siri-wacana-atma



            BFSU menawarkan jurusan pengajian                     Pengajian Bahasa Melayu diiktiraf
            Melayu pada peringkat ijazah sarjana                  dalam sistem pendidikan pengajian
            muda.                                                 tinggi di luar negara.


            Bahasa Melayu memberikan peluang                      Meningkatkan status sosial seseorang
            pekerjaan kepada rakyat China yang                    dan menjadi  satu bidang kerjaya di
            dapat menguasai bahasa Melayu                         negara China.
            dengan baik dan lancar.                  Tersurat

            Bahasa Melayu telah digunakan dalam       Tersirat    Memastikan bahasa Melayu terus
            persidangan antarabangsa, penerbitan                  berkembang pada peringkat global.
            buku-buku dan makalah, serta
            bersiaran di radio di negara China.

            Universiti di China ini telah                         Imej positif bahasa Melayu pada
            memartabatkan bahasa Melayu di luar                   peringkat antarabangsa.
            Nusantara Melayu.





           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               6          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3  4  5  6
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14