Page 31 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 31

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Penulisan

            Langkah 4 : Membina Penutup (RUTCALUS)


                            Kesimpulannya, bidang animasi bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya
            Rumuskan        kepada individu yang berjiwa seni dan kreatif menyalurkan idea tetapi juga
            tema
                            melahirkan pakar-pakar multimedia dalam bidang animasi.

                            Mereka yang berkecimpung dalam bidang ini seharusnya berusaha untuk
            Cadangan
                            meningkatkan produktiviti.

            Luaskan         bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa.
            skop

                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
                                Kesimpulannya, bidang animasi bukan sahaja menawarkan peluang
            Jawapan         kerjaya kepada individu yang berjiwa seni dan kreatif menyalurkan idea tetapi
            (Gabungkan      juga melahirkan pakar-pakar multimedia dalam bidang animasi. Mereka yang
            ayat)
                            berkecimpung dalam bidang ini seharusnya berusaha untuk meningkatkan
                            produktiviti bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa.

            Kira            40 patah perkataan



              Model   Karangan Lengkap


            Kini, kerjaya dalam bidang animasi semakin berkembang luas di Malaysia. Seiring ledakan
            teknologi, pelbagai animasi digunakan dalam iklan untuk menyampaikan informasi kepada
            rakyat. Oleh itu, mereka yang berminat dengan kerjaya ini seharusnya menyedari kelebihan dan
            cabaran bidang animasi ini.
                Bidang animasi menjadikan seseorang itu sentiasa kreatif dalam berkarya. Hal ini demikian
            kerana, bidang ini memerlukan kemahiran multimedia bagi menghasilkan animasi yang terkini.
            Sebagai contoh, animasi watak hero seperti Boboiboy dan Ejen Ali berjaya digambarkan dengan
            begitu  menarik  dan kreatif melalui  teknologi  multimedia. Oleh  itu,  jelaslah  bahawa kreativiti
            mereka dapat disalurkan malah ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila menceburi bidang
            ini.
                Cabaran dalam bidang animasi pula ialah memenuhi tarikh akhir setiap projek persis
            peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Bagi mereka
            yang meminati bidang ini, mereka seharusnya bersedia untuk memenuhi tarikh akhir mengikut
            kehendak pelanggan. Selain itu, mereka perlu memiliki komitmen dan sikap berdaya saing dalam
            menghasilkan karya animasi yang berkualiti. Tegasnya, segala cabaran bagi menyiapkan sesuatu
            karya animasi itu tidak harus menghentikan langkah menjadi seorang karyawan kreatif.
                Kesimpulannya, bidang animasi bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya kepada individu
            yang berjiwa seni dan kreatif menyalurkan idea tetapi juga melahirkan pakar-pakar multimedia
            dalam bidang animasi. Mereka yang berkecimpung dalam bidang ini seharusnya berusaha untuk
            meningkatkan produktiviti bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa.





           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              74
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36