Page 33 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 33
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara.
Melalui ideologi negara, kita dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan masyarakat yang akan memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.
Elemen ini sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.
Antara kesan kepentingan perpaduan kaum ialah meningkatkan ekonomi negara melalui
kemasukan pelabur-pelabur asing. Hal ini, faktor yang mendorong pelabur asing untuk melabur di
negara kita ialah faktor kestabilan politik. Kestabilan politik negara dapat dicapai melalui perpaduan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
kaum yang terjalin dalam kalangan rakyat.
Banyak cara untuk memupuk perpaduan kaum. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama. Oleh itu, kita dapat mengaplikasi dan berkongsi budaya kaum-kaum lain.
Penerapan nilai-nilai budaya daripada pelbagai kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat terhadap
budaya kaum lain. Perkara ini sekali gus dapat mengeratkan perpaduan kaum.
Selain itu, cara untuk memupuk perpaduan kaum termasuklah menganjurkan aktiviti
kemasyarakatan, misalnya aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman. Aktiviti gotong-royong dapat menjamin keceriaan kawasan
kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga.
Dengan itu, persefahaman dan hubungan erat antara kaum dapat diwujudkan, bak isi dengan kuku.
Tuntasnya, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk
perpaduan kaum
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.
Sesungguhnya, banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud
prejudis antara masyarakat. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk mengekalkan
perpaduan yang telah kita bina ini supaya aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju
dapat direalisasikan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 76

