Page 35 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 35
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Kesalahan Lazim
1. Kesilapan murid memilih soalan yang tidak bersesuaian dengan kemampuan mereka. Hal ini menyebabkan murid tidak
dapat mengemukakan isi yang sesuai bagi soalan yang dipilih.
2. Murid tidak memahami arahan soalan menyebabkan karangan yang dihasilkan terpesong. Biasanya, arahan soalan terdiri
daripada faktor, kesan, langkah, manfaat, peranan, dan halangan.
3. Murid tidak menyentuh kesemua arahan soalan menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak menepati kehendak soalan.
Murid perlu sedar bahawa ada soalan yang meminta mereka menghuraikan lebih daripada satu tugasan. Contohnya,
soalan meminta murid menyatakan sebab-sebab sesuatu masalah itu berlaku dan langkah-langkah menanganinya.
Jika murid hanya menghuraikan sebab-sebab sahaja tanpa menghuraikan langkah-langkah menanganinya, murid tidak
menepati kehendak soalan.
4. Murid memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Perenggan pendahuluan berfungsi sebagai pengenalan untuk
karangan murid seluruhnya.
5. Murid sering memuatkan lebih daripada satu isi dalam satu perenggan. Perenggan isi yang mantap hendaklah memuatkan
satu isi sahaja dan diperkukuh huraian dan disokong dengan contoh sebelum diakhiri dengan ayat penegasan dan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
ungkapan menarik.
6. Murid menggunakan penanda wacana yang tidak sesuai atau salah semasa penjalinan antara perenggan dengan
perenggan dan antara ayat dengan ayat. Hal ini akan menjejaskan kesinambungan idea atau isi yang berterusan.
7. Murid biasanya gagal menulis karangan melebihi 350 patah perkataan kerana kurang mahir untuk mengembangkan idea
atau isi.
8. Murid sering melakukan kesalahan dari aspek bahasa seperti yang berikut:
(a) Penggunaan penanda wacana yang salah.
Contohnya:
• Namun (✗) – Namun begitu (✓)
• Selain daripada itu (✗) – Selain itu (✓)
• Sehubungan itu (✗) – Sehubungan dengan itu (✓)
(b) Ayat tergantung kerana ayat tiada subjek.
Contoh: Ini menunjukkan... sepatutnya Hal/Perkara ini menunjukkan...
(c) Tidak menyisipkan objek yang terdiri daripada frasa nama selepas kata kerja transitif.
Contoh:
…mempunyai banyak pilihan... (✗) – ...mempunyai pilihan yang banyak… (✓)
(d) Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah yang salah.
Contoh: Murid perlu menyisipkan kata sendi nama atau kata adjektif selepas kata pemeri adalah.
• Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang... (✗)
• Langkah-langkah yang perlu diambil adalah dengan menguatkuasakan undang-undang... (✓)
(e) Kesalahan Hukum D-M.
Contoh:
…dan lain-lain kegiatan. (✗) – …dan kegiatan-kegiatan lain. (✓)
(f) Murid menggunakan frasa di kalangan yang sepatutnya dalam kalangan. Kata sendi di berfungsi untuk menyatakan
arah.
(g) Murid sering menggunakan kata tanya dalam ayat penyata.
Contoh:
…di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa..., sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain
yang sesuai seperti:
• apa – perkara/hal
• bagaimana – cara/langkah
• siapa – orang/individu
• di mana – tempat
• yang mana – perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai
85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

