Page 40 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 40

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Penulisan
           Isi 4


            AJ                Masyarakat yang terbabit juga boleh bekerja sebagai penghantar barangan
                              atau makanan.

            AH1               Kini, permintaan pengguna terhadap khidmat penghantar ini semakin
            (Mengapa)         meningkat. Dengan itu, pekerjaan dalam bidang ini terbuka luas.

            AH2               Antara  syarikat  khidmat  penghantar  yang  popular  ialah  ‘Foodpanda’,
            (Apa)             ‘Lalamove’, ‘Grab Food’, dan ‘J &T Express’.

            AH3               Selain itu, permohonan untuk mendapatkan pekerjaan ini juga agak mudah
            (Mengapa)         kerana pemohon hanyalah perlu mempunyai lesen memandu dan kenderaan.
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
            AH4               Malahan, pemohon yang berjaya boleh mula bekerja dengan kadar yang
            (Mengapa)         segera.

            AH5               Pekerjaan ini menawarkan pendapatan secara mingguan dan sistem komisyen,
            (Mengapa)         iaitu semakin banyak penghantaran, maka semakin banyak pendapatan.

            AP                Tuntasnya, kerjaya sebagai penghantar barangan dan makanan ini merupakan
                              pilihan yang paling mudah yang dapat dilakukan oleh golongan yang
                              diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 ini.

            Ungkapan
            menarik           Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
            atau peribahasa

            Perenggan isi          Di samping itu, masyarakat yang terbabit juga boleh bekerja sebagai
            lengkap           penghantar barangan atau makanan. Kini, permintaan pengguna terhadap
                              khidmat  penghantar  ini  semakin meningkat.  Dengan  ini, pekerjaan  dalam
                              bidang ini terbuka luas. Dalam pada itu, syarikat-syarikat penghantar
                              juga bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara syarikat khidmat
                              penghantar yang popular ialah  ‘Foodpanda’,’  ‘Lalamove’, Grab Food’, dan
                              ‘J &T Express’. Selain itu, permohonan untuk mendapatkan pekerjaan ini juga
                              agak mudah kerana pemohon hanyalah perlu mempunyai lesen memandu
                              dan kenderaan. Malahan, pemohon yang berjaya boleh mula bekerja dengan
                              kadar yang segera. Pekerjaan ini menawarkan pendapatan secara mingguan
                              dan sistem komisyen, iaitu semakin banyak penghantaran semakin banyak
                              pendapatan yang diterima.  Tuntasnya, kerjaya sebagai penghantar barangan
                              dan makanan ini merupakan pilihan yang paling mudah yang dapat dilakukan
                              oleh golongan yang diberhentikan kerja akibat  pandemik COVID-19 ini.

            Kira              102 patah perkataan




           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              90
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45