Page 39 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 39

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Penulisan

                                menerusi perniagaan ini. Jelaslah, masyarakat boleh menjalankan perniagaan
                                secara dalam talian kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada
                                perniagaan ini.
               Kira             90 patah perkataan


             Isi 3

               AJ               Masyarakat yang terbabit juga boleh mengusahakan projek pertanian.
               AH1              Kini,  banyak  projek  pertanian  yang  dapat  diusahakan  tanpa  memerlukan
               (Mengapa)        tanah yang luas.

               AH2              Tanah sekangkang kera di kawasan rumah dapat dimanfaatkan dengan
               (Bagaimana)      kaedah fertigasi, hidroponik, dan tanaman di dalam pasu bertingkat.
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
               AH3              Produk pertanian seperti cili, kacang panjang, dan timun mudah dipasarkan .
               (Apa)            Oleh itu, masyarakat harus merebut peluang ini kerana banyak manfaat yang
                                diperoleh.

               AH4              Tempoh matang untuk mengutip hasil pertanian ini juga tidak lama, iaitu
               (Mengapa)        antara tiga hingga empat bulan.
               AH5              Malahan, tanaman ini mudah diusahakan dan tidak memerlukan modal yang
               (Mengapa)        besar.
               AH6              Dalam pada itu, kerajaan giat menggalakkan masyarakat untuk mengusahakan
               (Mengapa)        projek pertanian dengan menyediakan pelbagai insentif penggalakan.

               AP               Dengan itu, masyarakat harus merebut peluang ini kerana banyak manfaat
                                yang dapat diperoleh.

               Ungkapan
               menarik          Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
               atau peribahasa

               Perenggan isi         Masyarakat yang terbabit juga boleh mengusahakan projek pertanian.
               lengkap          Kini, banyak projek pertanian yang dapat diusahakan tanpa memerlukan tanah
                                yang luas. Tanah sekangkang kera di kawasan rumah dapat dimanfaatkan
                                dengan kaedah fertigasi, hidroponik, dan tanaman di dalam pasu bertingkat.
                                Produk pertanian seperti cili, kacang panjang, dan timun mudah dipasarkan.
                                Malahan, tanaman ini mudah diusahakan dan tidak memerlukan modal yang
                                besar. Dengan itu, tiada sebab lagi kita tidak boleh mengusahakan pertanian,
                                bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  Tempoh
                                matang untuk mengutip hasil pertanian ini juga tidak lama, iaitu antara tiga
                                hingga empat bulan. Dalam pada itu, kerajaan giat menggalakkan masyarakat
                                untuk mengusahakan projek pertanian dengan menyediakan pelbagai
                                insentif penggalakan. Dengan itu, masyarakat harus merebut peluang ini
                                kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh.

               Kira             105 patah perkataan



                                                          89                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44