Page 61 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 61
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 1 Praktis Ekstra
Peribahasa
Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Ayah : Zafrul, ayah lihat kamu muram (i) sahaja sejak semalam. Mengapa?
Zafrul : Saya penatlah ayah. Banyak sangat kerja sekolah yang perlu disiapkan. Saya sudah berjanji
dengan Selvam dan Hazrin untuk pergi memancing kerana (ii) tetapi terpaksa
saya batalkan kerana perlu menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh cikgu.
Ayah : Rul, ayah puji sikap kamu yang mengutamakan pelajaran. Biarlah bersusah-susah dahulu
demi masa depan yang lebih baik kerana (iii) . Ayah hanya bekerja sebagai pemandu
teksi kerana ayah tidak berpelajaran tinggi. Ayah tidak mahu kamu mewarisi pekerjaan ayah
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
ini. Ayah mahu melihat kamu berjaya dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Zafrul : Baiklah ayah, Rul akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan penuhi hasrat ayah itu
ibarat (iv) .
(i) seperti ayam berak kapur
(ii) lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
(iii) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
(iv) alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Praktis 2
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Sejak menceburi bidang perniagaan minuman kesihatan, Azman sering menggalakkan
adik-adiknya berkecimpung dalam dunia usahawan dan belajar selok-belok perniagaan sejak
kecil. Dia sering berpesan kepada adik-adiknya bahawa tiada jalan mudah untuk mengecapi
kejayaan kerana jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
Banyak anak muda yang bersikap mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
dengan mengambil keputusan berhenti kerja atau melaburkan semua wang simpanan mereka
untuk menceburi bidang perniagaan yang akhirnya kecundang ibarat abu di atas tunggul kerana
tidak cukup pengalaman dan gagal memanfaatkan teknologi maklumat untuk mempromosikan
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

