Page 13 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 13

Phub

            menanggalkan topeng tersebut, yang hanya boleh
            dibuka dengan menggunakan suatu alat khas.
                “Saya beri amaran kepada anda sekali lagi,
            jangan cuba tanggalkan…”
                Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-
            katanya, lelaki bertopeng bernombor 3 merentap
            topeng di mukanya dengan sekuat-kuat hati.
                Bummm!
                Kepala lelaki itu pecah berkecai. Semua orang
            yang berada di situ memekik dan bertempiaran
            lari.
                “Peserta bernombor 3, Natthawut, nama
                samarannya, Wut, berusia 17 tahun, maut!”


                Suatu pengumuman berkumandang. Suara
            itu  datang  dari  arah  tembok  bilik  berpetak  itu,
            seolah-olah ada pembesar suara di dalamnya.
            Imej hologram wanita bergaun keemasan tadi
            masih di tempatnya. Wanita itu memandang ke
            arah mayat yang terbujur.
                “Inilah akibatnya bagi orang yang ingkar
            arahan. Beberapa orang di sini tentu… hmmm…
            bukan… bukan beberapa orang. Saya sepatutnya
            menyebut, semua yang berada di sini. Semua yang
            berada di sini tentu tertanya-tanya mengapa anda
            semua perlu memakai topeng. Ini kerana anda
            semua tidak boleh menunjukkan mimik muka,


                                  8
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18