Page 14 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 14
Selamat Datang ke Pusat Rawatan PHUB
sama seperti ketika anda melayari facebook. Di
sebalik komen positif dan kata-kata manis mungkin
ada perasaan marah dan benci yang tersimpan.
Ikon bunga yang dihantar sebagai simbol ucapan
tahniah mungkin menyembunyikan perasaan iri
hati dan cemburu. Emoji ketawa dihantar tetapi
orang yang menghantar itu mungkin sedang
menitiskan air mata. Masing-masing mengenakan
topeng yang menyembunyikan peribadi sebenar
mereka. Sudah begitu terbiasa, kadang-kadang
apa yang ditulis dan emoji apa yang dihantar,
sudah tidak difikirkan lagi.
“Sepanjang rawatan pemulihan ini tidak
ada sesiapa dapat melihat wajah sebenar orang
yang bersama-samanya. Ini untuk mengelakkan
perasaan marah, benci, meluat, simpati malah
perasaan sayang, yang akan memberi kesan
kepada rawatan pemulihan. Untuk berhubung
dengan orang lain, hanya tingkah laku kita
sahaja yang boleh menyampaikan apa yang kita
mahukan. Saya ingin tegaskan di sini, tidak ada
sesiapa di dalam bilik ini yang boleh dipercayai.
Jadi, jangan percaya pada orang yang cuba
berbaik-baik dengan anda. Mereka mungkin
berbaik dengan anda untuk kepentingan sendiri
dan menyelamatkan diri mereka. Jangan bimbang
akan kemungkinan orang tidak mempedulikan
9

