Page 12 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 12

Selamat Datang ke Pusat Rawatan PHUB


                 2
             Kei’ . Topeng yang terkenal dalam kalangan
             masyarakat Jepun.
                 Sepuluh pasang mata memandang imej
             hologram itu dengan pandangan tertanya-tanya.
                 “Selamat datang ke pusat rawatan dan
             pemulihan  PHUB.  Saya  merupakan  orang  yang
             bertanggungjawab menyelia anda semua sepanjang
             tempoh rawatan dan pemulihan ini. Masa yang
             diperuntukkan untuk sesi ini cuma 42 jam sahaja.
             Selepas itu, semua orang akan hilang. Hilang yang
             saya maksudkan di sini adalah hilang daripada
             ketagihan melayari facebook. Mungkin juga ada
             yang akan hilang terus dari dunia ini sepanjang
             tempoh  rawatan  dan  pemulihan.  Saya  harapkan
             anda semua mematuhi arahan yang diberikan dan
             amaran pertama, jangan cuba tanggalkan topeng
             anda.”
                 “Rawatan gila apa ni?! Aku tak mahu!
             Kenapa tutup muka aku dengan topeng gila
             ni? Gila!” lelaki bertopeng bernombor 3 mula
             membuat kecoh. Dia menarik topeng mukanya
             walaupun tahu bahawa topeng itu melekat kuat
             pada mukanya. Mana mungkin dia mampu

               2   Ghost spirit atau roh yang menyimpan perasaan dendam
                 dan marah.  Topeng Onryo-Kei mewakili watak jahat atau
                 lambang segala kejahatan yang membawa malapetaka
                 kepada keluarga atau masyarakat, atau yang merosakkan
                 hasil tanaman penduduk pada masa dahulu.


                                   7
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17