Page 21 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 21

Geografi Penggal 1  STPM  Bab 4  Tenaga

                                          (ii) Loji Kuasa Suria atau Concentrating Solar Power Plants yang
                                             menggunakan tenaga  suria untuk  memanaskan  cecair, iaitu
                                             air ke satu suhu yang amat tinggi untuk menghasilkan stim.
                                             Stim disalurkan dan ditukarkan kepada tenaga mekanikal
                                             atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh
                                             generator yang disambungkan kepada turbin.
                                      (d)  Tenaga  suria yang  juga  dikenal  sebagai tenaga  solar  boleh
                                          digunakan untuk kesejahteraan manusia dan dapat mengurangkan
                                          masalah pencemaran yang dihasilkan oleh tenaga fosil yang lain.
                                          Antara kegunaannya adalah seperti berikut:
                                          (i)  Memanaskan air di rumah, bangunan atau kolam renang
                                          (ii)  Memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau, dan
     BAB                                      bangunan-bangunan lain
    4                                     (iii) Menggerakkan kenderaan di jalan raya seperti kereta dan
                                              motosikal serta kereta api aliran ringan yang semakin
                                              bertambah dan amat diperlukan untuk mengurangkan
                                              kebergantungan terhadap tenaga bahan api fosil yang semakin
                                              berkurangan

                                    4  Tenaga hidroelektrik
                                      (a)  Terhasil apabila air mengalir menerusi saluran yang dibina di
                                          kawasan empangan, kemudian menolak dan memusingkan bilah
                                          turbin untuk memutarkan generator bagi menghasilkan tenaga
                                          elektrik.
                                      (b)  Bagi menghasilkan tenaga hidroelektrik, memerlukan sungai yang
                                          mengalir deras dengan isi padu yang banyak dan air dikumpulkan
                                          dan disimpan di dalam takungan berbentuk empangan, kemudian
                                          dilepaskan untuk menjanakannya.
                                      (c)  Contoh empangan hidroelektrik yang terdapat di Malaysia ialah
                                          Empangan Kenyir di Terengganu dan Empangan Chenderoh dan
                                          Temenggor di Perak. Empangan ini bukan sahaja menghasilkan
                                          tenaga elektrik, tetapi merupakan kawasan pelancongan yang
                                          dapat menjana sektor tertier yang terdapat di Malaysia hari ini.
                                      (d)  Penggunaan tenaga hidroelektrik amat bersih dan murah, serta
                                          dapat mengekalkan kualiti udara alam sekitar manusia dan alam
                                          sekitar fizikal. Masalah pencemaran udara dapat dikurangkan dan
                                          masalah kesan rumah hijau juga akan berakhir.

                                    5  Tenaga angin
                                      (a)  Angin boleh dijana bagi mengeluarkan tenaga elektrik. Penjanaan
                                          berlaku apabila angin yang bertiup akan memusingkan bilah kipas
                                          pada turbin angin. Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang
                                          disambungkan pada generator dan terhasillah tenaga elektrik.
                                      (b)  Tenaga elektrik akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer.
                                          Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel
                                          berkemampuan tinggi untuk kegunaan kawasan di sekitarnya.



         34






   04A GEOG PRA-U P1.indd   34                                                                    3/27/18   10:25 AM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25