Page 23 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 23

Geografi Penggal 1  STPM  Bab 4  Tenaga

                                      (f)  Tenaga matahari yang diserap oleh atmosfera terdapat dalam bentuk
                                          tenaga haba dan tenaga kinetik.
                                      (g)  Perbezaan kadar pemanasan atmosfera menyebabkan wujudnya
                                          kawasan tekanan udara tinggi dan kawasan tekanan udara rendah.
                                      (h)  Perbezaan tekanan udara ini menyebabkan udara bergerak
                                          dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah lalu
                                          menghasilkan angin.
                                      (i)  Tenaga kinetik juga terhasil akibat proses pemanasan dalam kitaran
                                          air.
                                      (j)  Kejadian ini menyebabkan berlakunya proses sejatan, sejatpeluhan,
                                          pemeluwapan, kerpasan, dan larian air permukaan.
                                    2  Tenaga keupayaan
     BAB                              (a)  Merupakan tenaga yang tersimpan atau terpendam dalam sesuatu
    4                                     jisim dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Contohnya, tenaga
                                          keupayaan bagi air ialah tenaga air mengalir yang diwujudkan oleh
                                          letakkannya di atas aras laut.
                                      (b)  Lebih tinggi cerun aliran air, lebih besar tenaga keupayaan ini.
                                      (c)  Begitu juga sungai yang diempang mempunyai tenaga keupayaan
                                          yang amat besar.
                                    3  Tenaga kimia
                                      (a)  Merupakan tenaga yang tersimpan di dalam bentuk ikatan atom
                                          atau molekul sama ada dalam tubuh manusia atau haiwan ataupun
                                          tumbuhan.
                                      (b)  Tenaga akan dibebaskan apabila berlaku tindak balas dalam
                                          tubuh manusia atau haiwan untuk membolehkannya menjalankan
                                          kelangsungan hidup.
                                      (c)  Contohnya, semasa proses fotosintesis, tumbuhan akan membuat
                                          makanannya sendiri dengan bantuan matahari. Makanan yang
                                          terbentuk semasa proses itu sebahagiannya disimpan dalam tisu
                                          daun tumbuhan dalam bentuk tenaga kimia.
                                      (d)  Apabila daun tumbuhan dimakan oleh haiwan dan manusia,
                                          tenaga kimia, iaitu karbohidrat akan bertukar kepada tenaga
                                          untuk membolehkan haiwan dan manusia menjalankan aktiviti
                                          kelangsungan hidup mereka.

         Rumusan



          1  Tenaga yang terdapat dalam sistem bumi terbahagi kepada dua, iaitu tenaga endogenik dan tenaga eksogenik.
          2  Tenaga  endogenik  ialah  tenaga  daripada  dalam  bumi.  Tenaga  eskogenik  ialah  tenaga  daripada  luar,  iaitu
            matahari.
          3  Jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam sistem bumi ialah tenaga kimia, tenaga kinetik, tenaga keupayaan,
            tenaga potensi, dan tenaga graviti.
          4  Tenaga  haba  matahari  sampai  ke  bumi  dalam  bentuk  gelombang  pendek  melalui  bahangan,  sinaran,
            pengaliran, dan perolakan.
          5  Pembebasan haba bumi ke atmosfera berlaku dalam bentuk gelombang panjang.

         36






   04A GEOG PRA-U P1.indd   36                                                                    3/27/18   10:25 AM
   18   19   20   21   22   23   24   25