Page 22 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 22

Geografi Penggal 1  STPM  Bab 4  Tenaga

              (c)  Tenaga angin telah digunakan oleh manusia sejak beratus-ratus
                  tahun dahulu. Petani telah menggunakan tenaga angin untuk
                  mengepam air dari perigi menggunakan kincir angin.
              (d)  Penduduk tempatan juga secara tradisi telah menggunakan tenaga
                  angin untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum
                  atau biji jagung bagi menghasilkan tepung sebagai penyediaan
                  makanan ruji sesuatu masyarakat.
              (e)  Teknologi manusia semakin maju dalam menggunakan tenaga
                  angin  telah  mengubahnya  menjadi  tenaga  elektrik  yang  boleh
                  digunakan untuk kegunaan harian dan menggerakkan jentera
                  kilang bagi memajukan industri pembuatan. Contohnya, di negara
                  Belanda yang dikenal sebagai Negara Kincir Angin.
              (f)  Satu keistimewaan tenaga angin ialah tidak menghasilkan                               BAB
                  pencemaran terhadap udara dan dianggap bersih dan dapat
                  memelihara alam sekitar dengan lebih baik dan selamat.                                4
            6  Tenaga ombak
              (a)  Dijana dengan cara ombak yang kuat dan berterusan menggerakkan
                  turbin bagi menggerakkan generator untuk menghasilkan tenaga
                  elektrik.
              (b)  Namun begitu, teknologi manusia telah berkembang maju dan tanpa
                  menggunakan turbin boleh menghasilkan elektrik. Kaedahnya
                  adalah menggunakan konfigurasi peranti Kuasa Tenaga Ombak
                  Evo UMT (UEWP) membolehkan sumber tenaga ombak ditukar
                  kepada tenaga elektrik.
              (c)  Peranti itu adalah inovasi yang dihasilkan oleh sekumpulan
                  penyelidik Universiti Malaysia Terengganu yang boleh memberi
                  kemudahan kepada penduduk di pulau, persisiran pantai, dan
                  nelayan untuk mendapatkan bekalan elektrik secara percuma.
              (d)  Sebenarnya, tenaga ombak begitu banyak digunakan di Perancis
                  untuk menjana kuasa tenaga elektrik bagi bekalan tenaga negara itu.
          Selain contoh tenaga di atas, terdapat contoh tenaga lain yang berpunca
          daripada alam sekitar. Antaranya ialah tenaga kinetik, tenaga keupayaan,
          dan tenaga kimia.
            1  Tenaga kinetik
              (a)  Jasad atau jisim yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.
              (b)  Tenaga ini dihasilkan oleh pergerakan sesuatu jasad. Sesuatu jasad
                  ‘m’ yang bergerak dengan kelajuan ‘v’ akan mempunyai tenaga
                  kinetik sebanyak ½ mv.
              (c)  Peredaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bumi di atas
                  paksinya menyebabkan bumi mempunyai tenaga kinetik.
              (d)  Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan ruang
                  menyebabkan  pelbagai fenomena  iklim dan  proses  geomorfologi
                  berlaku.
              (e)  Kejadian hujan, angin, El Niño, La Niña, dan fenomena iklim yang
                  lain adalah berpunca daripada penerimaan tenaga matahari yang
                  tidak seimbang dan berlaku kadar pemanasan yang berbeza-beza di
                  bumi.
                                                                                                  35






   04A GEOG PRA-U P1.indd   35                                                                    3/27/18   10:25 AM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25