Page 13 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 13

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                  Remaja merupakan golongan yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Biasanya remaja belum
                  berumah tangga. Mereka yang telah mendirikan rumah tangga dikatakan telah meninggalkan
                  alam remaja mereka. Mereka yang masih dalam usia remaja menempuh kehidupan yang sangat
                  mencabar kerana mereka belum matang dan masih dalam peringkat pencarian identiti. Hidup
         Bab     1
                  remaja masih belum mantap. Mereka mudah terpengaruh oleh unsur-unsur persekitaran
                  dalam proses pembentukan diri mereka.
                      Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi remaja. Ibu bapa
                  merupakan contoh terdekat yang menjadi panduan hidup remaja sama ada secara langsung
                  atau tidak langsung. Peribahasa bapa borek anak rintik dan bagaimana acuan begitulah kuihnya
                  menunjukkan betapa besarnya pengaruh ibu bapa kepada anak-anak.
                      Masyarakat turut memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap remaja. Jika masyarakat
                  mengambil berat tentang perihal remaja, golongan ini tidak akan melakukan sesuatu perkara
                  sewenang-wenangnya. Namun begitu, jika masyarakat sudah tidak mengambil kisah, maka
                  remaja bebas berbuat apa-apa sahaja yang disukai oleh mereka. Perkara inilah yang terjadi
                  kepada masyarakat di negara Barat.

                      Sekolah  juga  besar  pengaruhnya  kepada  remaja.  Hal  ini  demikian  kerana,  remaja  lebih
                  banyak menghabiskan masa di sekolah untuk menyertai kegiatan kurikulum mahupun
                  kokurikulum. Bagi murid yang tinggal di asrama pula, suasana di sekolah menjadi rutin mereka.
                  Sekolah merupakan tempat indoktrinasi untuk menerapkan aspirasi negara kepada bakal
                  pewaris negara. Oleh itu, beberapa mata pelajaran tertentu diwajibkan kepada setiap murid.
                  Sekolah mengamalkan disiplin yang ketat seperti larangan merokok, mematuhi masa, dan
                  membentuk akhlak mulia. Di samping itu, peranan kaunselor sekolah perlu dipertingkatkan
                  bagi mengatasi masalah murid.
                      Kini, kehidupan beragama semakin longgar terutamanya dalam kalangan remaja. Semakin
                  banyak remaja yang mengabaikan tuntutan agama masing-masing. Remaja yang pegangan
                  agamanya kurang teguh cenderung untuk terpengaruh oleh gejala negatif. Oleh itu, semua
                  pihak harus memastikan remaja berada di landasan yang betul untuk memikul tugas sebagai
                  pewaris negara.

                      Dalam usaha menangani pelbagai gejala sosial yang melibatkan remaja, kerjasama
                  daripada semua pihak amat diperlukan. Langkah segera perlu diambil sekiranya kita mahu
                  melihat pemimpin negara pada masa depan merupakan tokoh yang berwibawa dan berdisiplin.




                            Fokus

               Remaja merujuk golongan manusia yang berumur antara 12 hingga 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan “remaja”
               berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju ke arah kematangan. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan
               ingin mencuba untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk suatu peringkat perkembangan
               manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dengan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami
               zaman remaja, dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan
               bahasa. Kesannya, remaja memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa “bermasalah”.










                 10






         01 Focus SPM BM.indd   10                                                                      12/6/19   4:38 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18