Page 41 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 41
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
6. Format surat rasmi adalah seperti yang berikut.
Alamat penuh pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.
Garis panjang melintang di bawah alamat pengirim.
Nama/ Jawatan dan alamat penuh penerima ditulis di bawah garis melintang dengan menggaris
Bab 1
alamat terakhir penerima.
Tarikh ditulis di sebelah kanan surat dan sebaris dengan alamat terakhir penerima. Gunakan
huruf besar bagi menulis nama bulan dan bubuh tanda noktah selepas menulis tahun.
Panggilan hormat penerima seperti Dato’, Datin, Tuan, Puan, atau sebagainya ditulis di bawah
alamat terakhir penerima setelah diselang satu baris. Bubuh tanda koma di hujung panggilan
tersebut.
Perkara ditulis selepas panggilan hormat penerima. Langkau satu baris kosong daripada panggilan
hormat penerima dan garis di bawahnya. Gunakan huruf besar pada setiap awal perkataan.
Noktah tidak perlu dibubuh pada akhir ayat.
Pemerengganan diberikan nombor kecuali perenggan pertama. Mulakan perenggan pertama dan
akhir dari tepi surat.
Pengakuan pengirim seperti Yang benar, Yang menurut perintah, dan sebagainya ditulis di sebelah
kiri setelah diselang tiga baris dari perenggan akhir atau penutup surat. Bubuh tanda koma di
akhir pengakuan pengirim.
Kemudian, bubuh tandatangan di bawah pengakuan pengirim.
Nama penuh pengirim ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tandatangan.
Tulis jawatan dan persatuan yang diwakili di bawah nama pengirim.
Format Surat Kiriman Rasmi
(Alamat pengirim)
(Garisan)
(Nama dan alamat penerima surat)
(Tuan/ Puan/ Dato’) (Tarikh)
(Perkara/ Tajuk)
Pendahuluan
123
2.
Isi surat 14243
38
01 Focus SPM BM.indd 38 12/6/19 4:38 PM

