Page 40 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 40

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                         1 .  Laporan     •  Soalan  ini  menyatakan  bahawa  calon  salah  seorang  sukarelawan  yang
                                             terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam.
                                          •  Calon dihendaki menulis laporan laporan tentang kejadian bencana alam
                                             tersebut dan bantuan-bantuan yang telah diberikan.               Bab     1

                         2.   Ulasan      •  Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa aktiviti rekreasi seperti aktiviti
                                             melancong, berkelah, dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada
                                             masyarakat.
                                          •  Calon dihendaki mengulas pernyataan tersebut.
                         3.   Fakta       •  Soalan  ini  bermuatkan  pernyataan  bahawa  setiap  kaum  di  Malaysia
                                             mengamalkan  budaya  warisan  kaum  masing-masing  seperti  cara
                 2015                        berpakaian dan adat perkahwinan.
                                          •  Calon  dihendaki  menjelaskan  kepentingan-kepentingan  mengekalkan
                                             budaya warisan tersebut.
                         4.   Fakta       •  Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa banyak usaha telah dijalankan
                                             oleh  pelbagai  pihak  untuk  memastikan  keamanan  sejagat  dapat
                                             direalisasikan.
                                          •  Calon dihendaki menghuraikan usaha-usaha tersebut.
                         5.   Sastera     •  Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa calon telah membaca karya
                                             sastera yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman
                                             hidup.
                                          •  Calon  dihendaki  menjelaskan  perkara-perkara  yang  dapat  dijadikan
                                             pedoman dalam kehidupan kita.



                  Karangan                       Surat Kiriman Rasmi


                  1.  Surat kiriman rasmi meliputi:
                     (a)  surat aduan                             (e)  surat pesanan
                     (b)  surat bantahan                          (f)  surat permohonan
                     (c)  surat edaran (pekeliling)               (g)  surat rayuan
                     (d)  surat jemputan/ undangan
                  2.  Tulis perkara dengan jelas sama ada surat rayuan, aduan, permohonan, jemputan, atau sebagainya.
                  3.  Surat kiriman rasmi bersifat formal. Oleh itu, anda mestilah menggunakan bahasa yang baku dan
                     ejaan serta tanda baca yang betul.
                  4.  Isi surat
                     (a)  Pada perenggan pertama, pengirim hendaklah memperkenalkan diri dan menjelaskan perkara/
                         tajuk surat.
                     (b)  Perenggan seterusnya hendaklah menghuraikan isi-isi penting.
                     (c)  Pada perenggan akhir, tulislah harapan pengirim.
                  5.  Bahasa surat kiriman rasmi
                     (a)  Bahasa hendaklah sopan.
                     (b)  Elakkan daripada menggunakan peribahasa dan ungkapan yang dapat menyinggung perasaan
                         penerima.
                     (c)  Pada perenggan pertama, eloklah menggunakan ungkapan yang sopan seperti  Sukacita
                         dimaklumkan..., Saya dengan sukacitanya..., Saya dengan hormatnya..., dan sebagainya.
                     (d)  Pada perenggan akhir boleh menggunakan ungkapan seperti  Diharap  rayuan  kami  mendapat
                         pertimbangan  yang  sewajarnya…,  Semoga  permohonan  ini  mendapat  pertimbangan  daripada
                         pihak tuan..., dan sebagainya.


                                                                                                      37






         01 Focus SPM BM.indd   37                                                                      12/6/19   4:38 PM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45