Page 79 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 79
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
3. “Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan” sesuai dijadikan pegangan bagi
seseorang yang ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan.
Tulis pendapat anda berhubung dengan pernyataan di atas.
4. Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
Bab 1
juga”.
5. Peribahasa “sudah terhantuk baru tengadah” sering disebut-sebut dalam kalangan masyarakat kita.
Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Latihan
Bahagian B
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
[100 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Berkongsi kereta dapat mengatasi masalah kesesakan jalan raya di negara ini.
Berikan pendapat anda berhubung dengan pernyataan di atas.
2. Terdapat pelbagai langkah untuk menangani mutu sukan negara yang sering kali mengecewakan
rakyat. Ada yang berpendapat bahawa pemberian insentif yang lumayan dapat meningkatkan prestasi
atlet.
Bahaskan.
3. Untuk mencapai kejayaan, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dan usaha perlu dilakukan umpama
peribahasa “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian”.
Huraikan pernyataan ini dengan memberikan beberapa contoh yang sesuai.
4. Para pesara perlu diambil semula untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam di negara ini.
Beri komen anda berhubung dengan pernyataan ini.
5. Perpaduan penting dalam memajukan sesebuah negara. Anda selaku pegawai Jabatan Perpaduan
daerah diminta untuk memberikan ceramah berkaitan dengan perpaduan dan kaitannya dalam
pembangunan sesebuah negara.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
76
01 Focus SPM BM.indd 76 12/6/19 4:38 PM

