Page 74 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 74

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                  Karangan                           Cereka/ Cerpen


                  1.  Karangan jenis ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:                                  Bab     1
                     (a)  menulis cerita atau cerpen berdasarkan tajuk yang diberikan; atau
                     (b)  menyambung/ melengkapkan cerita atau cerpen berdasarkan petikan yang diberikan sama ada
                         permulaan atau akhir cerita.

                  2.  Cerita atau cerpen yang ditulis boleh berbentuk imaginasi atau berdasarkan pengalaman sendiri,
                     pengalaman orang lain, pembacaan, atau tontonan.

                  3.  Karangan jenis cereka atau cerpen tidak mempunyai format khusus. Walau bagaimanapun, setiap
                     cerita mesti mempunyai tiga tahap penceritaan, iaitu permulaan cerita, klimaks atau puncak cerita,
                     dan penyelesaian cerita. Hal ini dapat digambarkan seperti rajah di bawah ini.
                                                  Klimaks/ Puncak cerita






                                        Permulaan                       Penyelesaian
                                          cerita                           cerita
                  4.  Watak-watak atau pelaku dalam cerita hendaklah memainkan peranan dalam cerita itu. Watak-watak
                     itu tidak semestinya manusia. Binatang atau benda-benda lain boleh menjadi watak. Elakkan daripada
                     memasukkan terlalu banyak watak dalam sesuatu cerita.

                  5.  Plot atau jalinan cerita haruslah menarik. Plot boleh ditulis mengikut urutan masa atau imbas
                     kembali.
                  6.  Anda boleh memasukkan dialog dalam karangan anda.
                  7.  Gunakanlah bahasa yang menarik, kreatif, dan berbunga-bunga.
                  8.  Cerita anda hendaklah mengandungi mesej, pengajaran, dan nilai-nilai murni.

                  9.  Judul cerpen dan nama penulis (anda) hendaklah ditulis pada bahagian atas karangan anda.


                                               Karangan Cemerlang


                Ketika Mamat memasuki kelas, semua mata tertumpu ke arahnya. Mamat hanya tersenyum. Cikgu
                Zaki memandangnya dengan sinis. Mamat memang terkenal dalam kalangan kawannya. Mamat terus berjalan
                ke kerusinya.
                Tulis cerpen bermula dengan petikan di atas. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350
                patah perkataan.

                                                            Sesal
                                                   Penulis: Sakinah Rosman
                    Ketika Mamat memasuki kelas, semua mata memandangnya. Mamat hanya tersenyum. Cikgu
                  Zaki memandangnya  dengan sinis.  Mamat memang  terkenal  dalam  kalangan kawannya.  Mamat
                  terus berjalan ke kerusinya.


                                                                                                      71






         01 Focus SPM BM.indd   71                                                                      12/6/19   4:38 PM
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79