Page 77 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 77
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Karangan Peribahasa/ Cogan Kata 2019
1. Karangan peribahasa tidak mempunyai format penulisan yang khusus. Namun begitu, terdapat dua
cara menulis karangan jenis ini, iaitu:
Bab 1
(a) menghuraikan maksud peribahasa yang diberikan dalam soalan; atau
(b) menulis cerita berdasarkan peribahasa yang diberikan dalam soalan.
2. Aspek-aspek yang berikut perlu diberikan perhatian apabila anda menulis karangan penghuraian
maksud peribahasa yang diberikan.
(a) Menerangkan asal usul peribahasa itu wujud serta penggunaannya dalam kalangan masyarakat
dahulu dan sekarang.
(b) Menjelaskan pengajaran yang diperoleh daripada peribahasa itu berserta dengan contoh-contoh
yang sesuai.
3. Aspek-aspek yang berikut perlu diberikan perhatian apabila anda menulis cerita berdasarkan maksud
peribahasa yang diberikan.
(a) Isi cerita bertepatan dengan maksud peribahasa tersebut.
(b) Cerita mempunyai permulaan, perkembangan, puncak, dan penutup.
(c) Cerita mengandungi nilai-nilai murni yang sesuai (seperti karangan cereka).
4. Sebelum mula menulis karangan jenis peribahasa, teliti soalan terlebih dahulu sama ada anda
dikehendaki untuk menghuraikan maksud peribahasa atau menulis cerita. Kemudian, pastikan bahawa
anda memahami maksud peribahasa itu.
Karangan Cemerlang
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.
Hari ini hari Isnin. Seperti biasa, perhimpunan mingguan diadakan di dewan sekolah. Selepas
nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu negeri, pengetua memberikan ucapannya.
“Murid-murid, bulan ini sekolah kita akan mengadakan Kempen Bulan Mesra Alam. Matlamat
utama kempen ini adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan kawasan sekolah.
Antara aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan menulis cerpen bertemakan kebersihan alam
sekitar. Persatuan Belia mukim ini turut bekerjasama dengan pihak sekolah dalam penganjuran
kempen ini bagi memastikan alam sekeliling kita sentiasa bersih. Persatuan Belia akan menganjurkan
pertandingan mengumpulkan tin minuman. Murid yang paling banyak mengumpulkan tin akan
memenangi hadiah yang ditawarkan. Bentuk hadiah tersebut akan diberitahu kemudian. Tujuannya
supaya tin minuman tidak dibuang di merata-rata tempat. Tin yang menakung air akan menjadi
tempat nyamuk aedes bertelur. Nyamuk aedes membawa penyakit demam denggi,” kata pengetua.
Selepas pengumuman itu, hampir setiap hari, Zairi dan kawan-kawannya mengumpulkan
tin-tin kosong. Keesokan paginya, mereka membawa tin-tin itu ke sekolah untuk ditimbang
dan dicatat oleh jawatankuasa penganjur. Pelajar-pelajar lain turut membawa tin yang telah
dikumpulkan. Tin-tin yang telah ditimbang itu dimasukkan ke dalam karung yang disediakan khas
di stor sekolah.
74
01 Focus SPM BM.indd 74 12/6/19 4:38 PM

