Page 76 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 76

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                       Mamat tidak terkata apa-apa pun. Dia benar-benar berasa malu. Mengapa harus berjumpa
                  dengan guru untuk memulangkan barang itu?
                       Mamat,  Rizal,  dan  Faizal  merancang  sesuatu.  Pada  malam  itu,  ketiga-tiga  orang  murid  itu   Bab     1
                  ditangkap kerana memasuki bilik Julia. Keesokannya, mereka telah dipanggil oleh pengetua.
                       “Perbuatan kamu bertiga sudah melampau. Pihak sekolah sudah memutuskan akan
                  menggantung persekolahan kamu semua selama dua minggu kerana menceroboh asrama puteri.”
                       Mamat menggeletar apabila menerima hukuman itu. Apakah yang akan diberitahunya
                  kepada ayahnya? Bagaimanakah dia hendak berdepan dengan ibu, kakak, dan abang-abangnya?
                  Peperiksaan pula akan bermula dua minggu lagi.
                       Mamat kini menyesal. Perbuatannya pada saat-saat menghadapi peperiksaan menghukum
                  dirinya sendiri.



                                                                         19


                Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
                350 patah perkataan.
                  1.  Sejak meninggalkan alam persekolahan, Zarina mula berjinak-jinak dengan rakan-rakan yang tidak
                     bermoral.
                      Berdasarkan pernyataan di atas, tulis sebuah cerpen.
                  2.  Anda pernah mengalami peristiwa sedih yang menyayat hati.

                      Tulis sebuah cerpen berdasarkan peristiwa tersebut.
                  3.  Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen bersempena dengan Bulan Bahasa dan Sastera
                     peringkat negeri anjuran perpustakaan awam di negeri anda. Cerpen yang bertemakan kasih sayang
                     ini mestilah diakhiri dengan petikan yang berikut.

                     ... Mama merenung muka Fahmi yang kian pucat dan cengkung dengan tajam. Hati mama bertambah
                     pilu. Kesedihan, kepiluan, dan kehampaan bersarang dalam sanubari mama. Harapan untuk memelihara
                     dan menyekolahkan Fahmi di bandar metropolitan kini musnah. Mama tidak dapat menahan sebak di
                     dadanya. Dia teresak-esak dan papa hanya berdiam, tidak tahu apa-apa yang hendak dikata. Penyesalan
                     datang menerpa dalam benaknya. Impak daripada membiarkan Fahmi sekian lama telah memudarkan
                     perasaan kasih sayangnya terhadap mama dan papa.
                  4.  Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen peringkat negeri anjuran Jabatan Pendidikan
                     negeri anda. Cerpen yang bertemakan kenakalan murid ini mestilah dimulakan dengan petikan yang
                     berikut.

                     Pernah terjadi pada suatu hari, aku dihadapkan ke bilik disiplin kerana marahku kepada Puan Norhaliza.
                     Hari itu, Puan Norhaliza mengamuk sakan apabila tugasannya tidak kuhantar. Aku dikenakan hukuman
                     yang memalukan apabila diarahkan supaya mencuci tandas selama seminggu ...
                  5.  Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen bagi kategori penulis remaja anjuran Dewan Bahasa
                     dan Pustaka. Tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur berkaitan dengan kecekalan menghadapi
                     cabaran.
                     Tulis cerpen itu selengkapnya.


                                                                                                      73






         01 Focus SPM BM.indd   73                                                                      12/6/19   4:38 PM
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81