Page 75 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 75
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
“Mamat, keluarkan buku Bahasa Melayu dan baca petikan lima,” perintah Cikgu Zaki.
Mamat akur akan kata-kata Cikgu Zaki. Namun begitu, kata-kata pengetua sebentar tadi
masih terngiang-ngiang di telinganya Mamat terdengar akan rakan-rakan perempuannya berbisik,
“Sudah tentu kena marah lagi.”
Bab 1
“Kali ini sudah tiga kali kamu tidak menghadiri kelas tambahan. Ke mana kamu pergi petang
semalam?” jerkah guru disiplin. Mamat tunduk. Dia tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan
guru disiplin dan pengetua, tambahan pula pengetua rakan baik ayahnya.
“Saya… saya tertidur...,” jawab Mamat terketar-ketar.
“Kamu berbohong. Saya sudah suruh pengawas memeriksa katil kamu tetapi kamu tiada di
situ.” Suara guru itu semakin meninggi.
“Sebenarnya kamu keluar dan merokok di belakang belukar itu, betul atau tidak?”
Mamat terus membisu. Apa-apa yang dikatakan oleh guru itu memang benar, tetapi siapakah
yang memberitahunya? Persoalan ini masih bermain-main di benaknya.
“Kamu balik ke kelas dahulu, tetapi jangan lupa hadir ke kelas tambahan kerana peperiksaan
sudah hampir. Saya akan siasat kes merokok ini. Kalau kamu didapati bersalah, saya akan
mengambil tindakan,” kata pengetua dengan serius.
“Kalau tiada bukti, aku terlepas lagi,” bisik hati Mamat.
“Mamat, sila jawab soalan enam,” pinta Cikgu Zaki. Mamat masih mencari-cari jawapan.
Rakan-rakannya tertawa apabila jawapan yang diberikannya salah.
“Mamat, mengapa kamu ini? Sejak akhir-akhir ini pelajaran kamu semakin merosot sedangkan
peperiksaan semakin hampir. Kalau kamu pandai sekalipun, tanpa terus berusaha kamu akan
gagal juga,” Cikgu Zaki terus berleter.
Mamat hanya mengangguk. Kata-kata Cikgu Zaki itu memang ada benarnya.
Selepas tamat sekolah, Mamat terus pulang ke asrama. Mamat mendapatkan Rizal dan Faizal,
rakan karibnya. Mamat ingin mendapatkan jawapan tentang orang yang memberitahu guru
disiplin tentang dia merokok. Sebenarnya Mamat, Rizal, dan Faizal sudah lama membuat kerja
itu. Mereka memang terkenal oleh sikap nakal.
Kemarahan guru disiplin itu tidak memberikan apa-apa makna pun kepada Mamat. Kali ini
Mamat lebih berani. Dia menghantar surat cinta dan hadiah kepada Julia, murid Tingkatan Empat
yang cantik dan bijak. Julia memang menjadi rebutan murid lelaki Tingkatan Lima. Tetapi Julia
bukanlah gadis yang mudah jatuh cinta. Tujuannya ke sekolah hanya satu, iaitu dia ingin lulus dalam
peperiksaan dengan cemerlang.
Mamat menunggu reaksi Julia tetapi tidak berbalas. Kali ini Mamat rasa tercabar. Sebagai
anak orang berkedudukan, semua kehendaknya selama ini dapat dipenuhi, malah sebelum Julia,
dia pernah memberikan hadiah kepada Ayu, Ina, dan Farina. Dia menerima balasan daripada
mereka. Mamat seronok apabila mendapat hadiah daripada rakan perempuannya.
Mamat terkejut apabila guru disiplin memanggilnya lagi.
“Sudah tentu pasal merokok,” bisik hatinya.
“Siapakah yang memberikan surat cinta dan hadiah ini? Siapa?” Mamat tersentak. Sangkaannya
tadi meleset.
“Er… saya, cikgu,” jawab Mamat.
“Julia, masuk!” Julia masuk perlahan-lahan ke dalam bilik guru disiplin.
“Benarkah Mamat yang memberikan semua ini kepada kamu?”
“Benar, cikgu tetapi saya tidak mahu menerimanya. Saya ingin memulangkan semua hadiah
itu kepadanya semula,” kata Julia.
72
01 Focus SPM BM.indd 72 12/6/19 4:38 PM

