Page 78 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 78
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Suatu petang, selepas membuat kerja sekolah, Zairi berbasikal sambil mencari tin kosong. Dia
mencari hingga ceruk kampung dan di dalam longkang. Dia mendapat hampir setengah karung
plastik. Namun begitu, hatinya belum puas. Zairi bercadang hendak mencari tin kosong di pekan Bab 1
pula. Di situ, banyak kedai menjual makanan dan minuman. “Tentu banyak tin kosong,” fikirnya.
Namun begitu, setelah sampai di pekan, didapatinya tidak banyak tin yang dahulunya biasa
dilihat bersepah di sini sana. Nampaknya kempen itu telah berjaya untuk membersihkan kawasan
pekan daripada longgokan tin kosong. Hatinya agak hampa kerana niatnya mahu memenuhkan
karungnya tidak kesampaian.
Dalam perjalanan pulang, Zairi lalu di hadapan rumah Pak Dollah. Dia melihat banyak tin
berlonggok di tepi rumah Pak Dollah. Zairi memberanikan diri masuk ke dalam kerana pintu pagar
terbuka luas. Dia cepat-cepat memasukkan tin itu ke dalam karung yang dibawanya. Ada antara tin
itu yang dipenuhi air. Zairi menuang air di dalam tin itu ke tanah sebelum memasukkan tin itu ke
dalam karung. “Eh, ada jentik-jentik!” Zairi berkata sendirian. Tentu tin itu sudah lama di sini dan
tidak dibuang kerana rupanya pun agak kotor berbanding dengan tin-tin lain yang telah dikutipnya.
Sedang Zairi leka memungut tin-tin minuman itu, tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara yang
kuat. “Hoi! Mengapa kamu ada di sini? Kamu nak mencuri?” Pak Dollah berdiri sambil bercekak
pinggang. Di tangannya ada sebatang tongkat. “Tidak, saya tidak mencuri. Saya hanya hendak
mencari tin kosong,” jawab Zairi terketar-ketar.
“Mengapa kamu masuk ke rumah aku? Carilah di tempat lain,” herdik Pak Dollah. “Saya
hendak menjaga kebersihan alam sekitar, pak cik. Lihat ini,” kata Zairi sambil menunjukkan
tin minuman di tangannya. “Banyak jentik-jentik di dalamnya. Jentik-jentik dapat membiakkan
nyamuk aedes,” kata Zairi.
“Sudah. Kamu jangan hendak mengajar aku. Keluar cepat dari rumah aku. Kalau tidak, aku
pukul kamu dengan tongkat ini.”
Zairi melihat Pak Dollah sudah mengangkat tongkatnya tinggi-tinggi dan hendak memukulnya.
Kalau dia tidak lari, alamat bengkak kepalanya jika kena pukul. Zairi segera membuka langkah
seribu. Dia tidak sempat membawa karung plastiknya yang telah hampir penuh dengan tin kosong
bersama-samanya. Dia melihat Pak Dollah menutup pintu pagar dan menguncinya. Apabila sudah
agak jauh, Zairi berhenti daripada berlari. Hatinya kesal. Sikap tamaknya yang ingin mendapat
tin yang banyak telah menyebabkan dia berani masuk ke rumah orang tanpa izin. Akibatnya, dia
telah kehilangan sekarung tin yang telah diperolehnya tadi. Perkara yang menimpanya itu samalah
dengan peribahasa “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
20
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350
patah perkataan.
1. Pelbagai kemudahan pengangkutan awam disediakan untuk rakyat. Melalui kemudahan ini, kita
dapat pergi ke mana-mana sahaja dan dapat melawat ke merata-rata tempat, bak kata pepatah, “jauh
perjalanan luas pemandangan”.
Berdasarkan pernyataan di atas, tulis sebuah karangan.
2. Sesuatu bangsa akan menjadi teguh sekiranya ada muafakat dalam kalangan ahlinya, bak kata pepatah,
“seikat bagai sirih, serumpun bagai serai”.
Tulis karangan berdasarkan pernyataan tersebut.
75
01 Focus SPM BM.indd 75 12/6/19 4:38 PM

