Page 4 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 4
BAB
1 PENGENALAN
PENGENALAN
Masalah kekurangan sumber ekonomi berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
merupakan punca utama kajian ilmu ekonomi. Sumber ekonomi yang terhad terdiri daripada tanah,
buruh, modal, dan usahawan. Sumber-sumber ini adalah diperlukan untuk mengeluarkan pelbagai
jenis barangan. Masalah kekurangan sumber ekonomi telah menyebabkan manusia terpaksa membuat
pilihan dan menghadapi masalah kos lepas. Selain itu, manusia juga perlu menyelesaikan masalah
asas ekonomi yang terdiri daripada apa dan berapa, bagaimana, dan untuk siapa sesuatu barang
dikeluarkan. Keluk kemungkinan pengeluaran telah diperkenalkan untuk menjelaskan masalah-
masalah tersebut. Sistem ekonomi di dunia ini terdiri daripada sistem ekonomi pasaran bebas, sistem
ekonomi perancangan pusat, sistem ekonomi campuran, dan sistem ekonomi Islam. Bab ini telah
memberi tumpuan kepada sistem ekonomi pasaran bebas dengan menjelaskan bagaimana sistem
pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi, kebaikan dan kelemahannya, serta perlunya campur
tangan kerajaan dalam sistem ini.
Peta Konsep
PENGENALAN
Definisi Ilmu Sumber Kehendak
Ekonomi Ekonomi Manusia
Masalah Asas Keluk Sistem
Ekonomi Kemungkinan Ekonomi
Pengeluaran
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 1 3/27/18 4:31 PM

