Page 9 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 9
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(ii) Upah yang diterima oleh buruh boleh berbentuk upah wang
BAB atau upah bukan wang dan upah ini tidak dipengaruhi oleh
risiko.
1 (iii) Sebaliknya, usahawan akan menerima untung sebagai
ganjaran kerana kesanggupannya menanggung semua
risiko perniagaan. Semakin tinggi risiko yang ditanggung,
semakin banyak keuntungan yang dijangka akan diperoleh
dan sebaliknya semakin rendah risiko yang ditanggung,
semakin sedikit keuntungan yang dijangka akan diperoleh.
Hasil Pembelajaran 1.3 Kehendak Barang
Memerihalkan barang
(termasuk perkhidmatan) Pengelasan Barang dan Perkhidmatan
berdasarkan
• barang percuma dan 1 Dalam ekonomi, barangan merujuk kepada barang-barang dan
barang ekonomi perkhidmatan yang dihasilkan dalam aktiviti pengeluaran.
• barang awam dan barang
persendirian 2 Pelbagai jenis barangan telah dihasilkan untuk memenuhi kehendak
• barang modal, barang manusia.
perantaraan, dan barang 3 Barangan tersebut dapat dibahagikan kepada
pengguna.
(a) barang percuma dan barang ekonomi
(b) barang awam dan barang persendirian
(c) barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna
4 Walau bagaimanapun, secara teori semua barang-barang tersebut dapat
digolongkan kepada dua jenis sahaja, iaitu barang percuma dan barang
ekonomi.
Barang Percuma dan Barang Ekonomi
’12
1 Barang percuma
(a) Barang percuma merupakan barang anugerah alam semula jadi
yang boleh diperoleh tanpa melibatkan kos.
(b) Oleh itu, barang percuma boleh digunakan tanpa sebarang
bayaran kerana tidak mempunyai harga sebagai ukuran nilainya.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna barang percuma tidak
mempunyai nilai. Contoh barang percuma ialah udara, cahaya
matahari, dan air hujan.
(c) Penawaran barang percuma tidak terhad. Dengan ini, barang
percuma tidak bersifat kekurangan, maka kos lepas bagi barang
percuma adalah sifar.
(d) Dalam konteks ekonomi, hadiah yang kita dapat secara percuma
itu bukanlah suatu barang percuma, tetapi merupakan barang
ekonomi.
(e) Akibat pencemaran dan pembangunan, barang percuma yang
penting dalam kehidupan kita semakin sukar diperoleh. Pada
suatu masa akan datang barang percuma akan bertukar menjadi
Setujukah anda udara adalah barang ekonomi.
barang percuma yang boleh 2 Barang ekonomi
digunakan oleh kita selama-
lamanya? Beri alasan. (a) Barang ekonomi ialah barang yang penawarannya terhad dan
mempunyai kos lepas untuk mendapatkannya. Contoh barang
ekonomi ialah pakaian, makanan, dan komputer.
6
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 6 3/27/18 4:31 PM

