Page 6 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 6
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
5 Perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi dapat diringkaskan
dalam Jadual 1.1. BAB
Jadual 1.1 Perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi
1
Aspek Mikroekonomi Makroekonomi
Skop Kecil Besar
Bidang Mengkaji gelagat individu atau Mengkaji kegiatan dan masalah Galeri Info
firma secara tersendiri dan ekonomi yang lebih luas dan Makroekonomi boleh
interaksi antara mereka dalam umum diibaratkan sebagai suatu
pelbagai pasaran
kajian mengenai hutan rimba,
Contoh Menentukan apa, berapa, Meliputi persoalan pendapatan manakala mikroekonomi pula
bagaimana, untuk siapa sesuatu negara, masalah inflasi diibaratkan sebagai suatu
barang dikeluarkan dan pengangguran negara, kajian mengenai sebatang
pertumbuhan ekonomi, pokok.
hubungan luar dan
perdagangan antarabangsa
6 Pembahagian kepada bidang mikroekonomi dan makroekonomi
adalah untuk memudahkan pengajian dibuat. Sebenarnya kedua-dua
bidang ini tidak dapat dipisahkan. Misalnya hasil daripada bidang
kajian makroekonomi dipengaruhi oleh gelagat individu dalam bidang
mikroekonomi dan gelagat individu dalam bidang mikroeknomi pula
dipengaruhi oleh makroekonomi.
1.2 Sumber Ekonomi (faktor Hasil Pembelajaran
pengeluaran) Memerihalkan sumber
ekonomi, iaitu tanah, buruh,
1 Dalam istilah ekonomi, sumber ekonomi dikenal juga sebagai faktor- modal, dan usahawan.
faktor pengeluaran atau input. Faktor-faktor pengeluaran yang terdiri
daripada tanah, buruh, modal, dan usahawan adalah diperlukan oleh firma Empat sumber ekonomi
atau pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. • Tanah
2 Sumber ekonomi adalah bersifat kekurangan, iaitu jumlah sumber • Buruh
• Modal
ekonomi yang ada secara relatif adalah kurang berbanding dengan • Usahawan
kehendak yang tidak terhad.
3 Tanah
(a) Tanah merupakan sumber anugerah alam semula jadi.
(b) Tanah terdiri daripada sumber yang terdapat di permukaan tanah ‘10
seperti hasil hutan, tumbuh-tumbuhan dan yang terkandung di
dalam tanah seperti bahan-bahan galian, petroleum, dan sumber
air.
(c) Antara ciri utama input tanah ialah penawarannya yang terhad
berbanding dengan permintaannya. Ini bererti tanah yang telah
digunakan untuk dijadikan tapak projek perumahan tidak boleh
lagi digunakan untuk tujuan lain.
(d) Tanah dikatakan tidak mempunyai mobiliti tempat, iaitu tanah
tidak boleh bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Tetapi tanah mempunyai mobiliti kegunaan, iaitu tanah boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan. Misalnya tanah boleh digunakan
untuk kegiatan pertanian atau dijadikan tapak pembinaan rumah.
3
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 3 3/27/18 4:31 PM

