Page 8 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 8

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                     dan perkhidmatan agar mutu barang dan perkhidmatan yang
                     dikeluarkan lebih berkualiti.                                                          BAB
                 (f)  Sebagai ganjaran  daripada perusahaannya, usahawan  akan
                     menerima untung sebagai pulangan.                                                     1

               7  (a)  Teknologi bukan sumber ekonomi tetapi teknologi memainkan
                     peranan yang penting dalam mempengaruhi sumber ekonomi.
                     Teknologi adalah sebagai pemangkin kepada proses pengeluaran.
                 (b)  Misalnya dalam pengeluaran beras, pertemuan benih beras yang
                     bermutu tinggi oleh MARDI telah menyebabkan keupayaan negara
                     dalam mengeluarkan beras meningkat.
                 (c)  Ini bererti dengan menggunakan jumlah tanah, buruh, dan modal   Bagaimanakah teknologi
                     yang sama, lebih banyak beras dapat dihasilkan.             mempengaruhi sumber
                 (d)  Kesimpulannya, perkembangan dalam teknologi akan membawa   ekonomi?
                     kepada peningkatan daya pengeluaran sumber-sumber ekonomi
                     dalam proses pengeluaran.
               8  Perbezaan antara buruh dengan usahawan
                 (a)  Peranan
                     (i)   Peranan buruh adalah sebagai penyumbang tenaga kerja         ‘14, ‘15
                          dalam sesuatu proses pengeluaran. Mereka tidak boleh
                          membuat sebarang keputusan  ekonomi. Mereka hanya
                          menurut arahan untuk menjalankan sesuatu kerja.
                     (ii)  Sebaliknya peranan usahawan adalah menggabungkan semua
                          input dalam proses pengeluaran sesuatu barang. Usahawan
                          menjadi penggerak utama bagi memastikan firma sentiasa
                          cekap dalam pengeluarannya.
                 (b)  Penanggung risiko
                     (i)   Buruh tidak menanggung sebarang risiko perniagaan
                          kerana buruh tetap menerima upah tanpa mengira firmanya
                          mendapat untung ataupun tidak.
                     (ii)  Sebaliknya usahawan perlu menanggung semua risiko
                          perniagaannya.
                 (c)  Inovasi
                     (i)   Inovasi ialah suatu reka cipta baru dalam teknik pengeluaran.
                          Hal ini sangat penting dalam usaha untuk meninggikan
                          daya saing firma. Oleh itu, seorang usahawan mestilah   Jelaskan dua perbezaan antara
                          memikirkan persoalan ini sewajarnya.                   buruh dengan usahawan.
                     (ii)  Sesungguhnya  inovasi  yang  terjadi  dapat  menghasilkan
                          keluaran yang lebih berkualiti, yang dapat meningkatkan
                          kepuasan pengguna. Dengan demikian, keuntungan firma
                          semakin meningkat.
                     (iii)  Walau bagaimanapun, sebagai seorang pekerja, buruh
                          tidak  perlu  memikirkan  inovasi  kerana  buruh tidak
                          menghadapi sebarang persaingan dengan firma-firma lain.
                 (d)  Ganjaran
                     (i)   Upah adalah ganjaran yang diterima oleh buruh kerana
                          sumbangan tenaga mental dan fizikalnya dalam proses
                          pengeluaran sesuatu barang.




                                                                                                     5





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   5                                                          3/27/18   4:31 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13