Page 7 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 7
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(e) Nilai tanah bergantung kepada faktor lokasi dan kegunaan tanah
BAB pada masa akan datang.
1 (f) Pulangan kepada tanah adalah dalam bentuk sewa.
4 Buruh
(a) Buruh merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal
dan mental untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
(b) Buruh terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir. Buruh
mahir ialah buruh yang mempunyai kelayakan akademik yang
tinggi dan mempunyai latihan profesional dalam bidang tertentu
misalnya guru, doktor, dan peguam. Manakala buruh tidak mahir
ialah buruh yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang
tinggi dan tidak mempunyai latihan profesional dalam bidang
Mobiliti Buruh tertentu seperti pekerja am dan buruh kasar.
(c) Buruh tidak menanggung sebarang risiko. Ini bermakna buruh
INFO tetap dibayar upah walaupun majikannya mendapat kerugian.
(d) Buruh tidak memikirkan tentang inovasi terutamanya buruh
tidak mahir. Mereka hanya menjalankan kerja yang diatur oleh
majikan. Mereka tidak perlu memikirkan tentang cara bagaimana
untuk meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan.
(e) Ganjaran yang diterima oleh buruh ialah upah. Jumlah upah yang
diterima oleh buruh adalah berbeza bergantung kepada kelayakan
akademik, kemahiran, produktiviti, jumlah jam bekerja, dan
sebagainya.
Galeri Info 5 Modal
(a) Modal merupakan barang ciptaan manusia yang digunakan oleh
Modal merupakan input pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang lain yang dapat
utama dalam kemajuan
ekonomi. menghasilkan pulangan. Ini bermakna modal dapat meninggikan
daya pengeluaran bagi menjana pendapatan kepada pemiliknya.
(b) Modal boleh dibahagikan kepada modal fizikal dan modal sosial.
Modal fizikal meliputi peralatan, jentera, bahan mentah, alat
kelengkapan, dan bangunan kilang yang digunakan dalam proses
pengeluaran.
(c) Modal sosial ialah barang modal yang berfungsi bagi melicinkan
proses pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan. Contohnya
ialah jalan raya, sekolah, hospital, dan lain-lain kemudahan.
(d) Faedah merupakan pulangan kepada pemilik modal.
Petua Pemeriksa 6 Usahawan (Pengusaha)
(a) Usahawan merupakan individu yang menggemblengkan faktor-
Maksud usahawan perlu
diterangkan mengikut faktor pengeluaran bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan.
konsep ekonomi dan bukan (b) Usahawan merupakan penggerak utama sesuatu perusahaan.
konsep perniagaan dan Beliau berperanan sebagai pemimpin, perancang, penyelaras,
perdagangan.
dan pengawal sebarang aktiviti pengeluaran firma.
(c) Contoh usahawan ialah kontraktor dan pengarah syarikat.
(d) Usahawan akan menanggung sebarang risiko yang berlaku dalam
perusahaannya. Ini bermakna usahawan akan berhadapan dengan
untung atau rugi firma.
(e) Usahawan juga akan memikirkan serta melakukan kreativiti
dan inovasi. Usahawan akan menjalankan inovasi atas barang
4
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 4 3/27/18 4:31 PM

