Page 5 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 5

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan

                      ’12 / ’18               1.1  Definisi Ilmu Ekonomi
        BAB  Hasil Pembelajaran
       1                                 1  Ilmu ekonomi wujud akibat daripada kehendak manusia yang tidak
            Mentakrifkan ilmu ekonomi.
                                           terhad tetapi sumber ekonomi yang sedia ada adalah terhad.
                                         2  Pada peringkat awalnya, ilmu ekonomi adalah berkaitan dengan
                                           kegiatan isi rumah yang menggunakan pendapatannya yang terhad
                                           bagi memenuhi kehendaknya yang tidak terhad.
           Galeri Info
           Definisi ekonomi klasik:      3  Berikutan dengan perkembangan masa dan kemajuan ekonomi, kini
           ekonomi ialah satu bidang       ilmu ekonomi tidak lagi terhad kepada kegiatan isi rumah sahaja, skop
           sains kekayaan.                 dan bidang ekonomi telah berkembang dan merangkumi kegiatan yang
           Definisi ekonomi neo-klasik:
           ekonomi ialah satu bidang       dilakukan oleh masyarakat dalam sesebuah negara dan di luar negara.
           sains kebajikan.
           Definisi ekonomi moden:       4  Ilmu ekonomi mengkaji gelagat individu, isi rumah, firma, dan kerajaan
           ekonomi ialah satu bidang       dalam kegiatan penggunaan, pengeluaran, dan pengagihan faktor
           sains sosial yang mengkaji      pengeluaran yang terhad, dengan membuat pilihan yang terbaik atau
           tingkah laku manusia dalam
           menghadapi masalah              paling cekap untuk memenuhi kehendaknya yang tidak terbatas.
           kekurangan dan pilihan.
                                         5  Oleh itu, ilmu ekonomi ialah suatu bidang sains sosial yang  mengkaji
                                           bagaimana sumber ekonomi yang terhad digunakan bagi memenuhi
                                           kehendak manusia yang tidak terhad.
                                         6  Sumber ekonomi yang terhad adalah merujuk kepada sumber ekonomi
                                           yang ada tidak dapat memenuhi semua kehendak manusia secara serentak.
                                         7  Ini bermakna apabila sumber ekonomi telah digunakan untuk mengeluarkan
                      ’11 / ’14
                                           sesuatu barang, maka sumber tersebut tidak dapat digunakan untuk
                                           mengeluarkan barang lain. Maka masyarakat perlu membuat pilihan yang
                                           terbaik dan paling cekap dalam menggunakan sumber tersebut.

                                       Perbezaan antara Mikroekonomi dengan Makroekonomi
            Hasil Pembelajaran
                                         1  Pengajian ilmu ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu mikroekonomi dan
            Menggariskan perbezaan
            antara mikroekonomi dengan     makroekonomi.
            makroekonomi.
                                         2  Mikroekonomi mengkaji  unit atau  bahagian kecil daripada seluruh
                                           kegiatan ekonomi, misalnya gelagat seorang individu (pengguna) atau
                        ’16                sebuah firma (pengeluar) dan sesuatu industri. Manakala makroekonomi
                                           adalah lebih menyeluruh, misalnya mengenai gelagat para pengguna atau
                                           para pengeluar di dalam ekonomi, iaitu membuat kajian ekonomi secara
                                           agregat.

                                         3  Bidang mikroekonomi menjelaskan bagaimana harga barang dan kuantiti
                                           ditentukan dalam pelbagai pasaran dan interaksi antara pembeli dengan
                                           penjual dalam pasaran tersebut. Selain itu, bidang ini juga menjelaskan
                                           pasaran faktor pengeluaran dalam menentukan harga faktor dan kuantiti
           Bezakan antara mikroekonomi     faktor pengeluaran.
           dengan makroekonomi.
                                         4  Bidang makroekonomi pula mengkaji aspek berkaitan dengan pendapatan
                                           negara, pertumbuhan ekonomi, masalah inflasi, pengangguran, dan kajian
                                           lain secara agregat seperti penggunaan, tabungan, dan pelaburan.





            2





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   2                                                          3/27/18   4:31 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10