Page 31 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 31
Sejarah STPM Jawapan
Menjalankan aktiviti penternakan dan perusahaan
– Selain itu, kaum petani juga menternak binatang seperti itik, kambing dan lembu.
– Aktiviti perusahaan pertukangan adalah berskala kecil seperti pengeluaran barangan
kertas, sutera, kapas dan porselin.
Menjalankan aktiviti perdagangan
– Masyarakat China juga menjalankan aktiviti perdagangan garam dan bahan galian.
Tetapi hasil ini dimonopoli oleh kerajaan China dan menjadi sumber pendapatan
utama.
– Perdagangan garam dimonopoli oleh keluarga diraja China.
– Kerajaan China memainkan peranan utama dalam aktiviti ekonomi dengan dibantu
oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan para petani.
Petempatan masyarakat agraria
– Masyarakat agraria di China hampir 85% dan menetap di desa.
– Tumpuan masyarakat agraria antara kawasan timur laut China dengan Mongolia,
iaitu dataran loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning. Di sebelah selatan
Sungai Kuning terletak kawasan tengah yang luas dan terdapat Sungai Yangtze, iaitu
sungai terbesar di China.
Pemilikan tanah oleh golongan atasan
– Mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki
oleh tuan tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan aset berharga dalam
masyarakat China.
– Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan
menambah keuntungan golongan pembesar dan tuan tanah serta meningkatkan
pendapatan cukai Maharaja China.
– Masyarakat petani hanya menjalankan kegiatan pertanian sahaja. Dalam masyarakat
China, aktiviti pertanian dijalankan secara bersama dan tidak mengutamakan hak
individu. Tanah-tanah pertanian diusahakan dari satu generasi kepada satu generasi.
Menjalankan aktiviti perlombongan
– China juga kaya dengan hasil galian. Masyarakat agraria menjalankan aktiviti
perlombongan.
– Antara hasil galian yang dilombong ialah arang batu, besi, tembaga, bijih timah,
timah hitam, antimoni, dan perak. Arang batu dijumpai di 18 wilayah China
terutamanya di Manchuria, Shensi, Shansi, Hopei, Sichuan, Yunnan, Hunnan, dan
Shantung.
Kehidupan sosial masyarakat agraria
– Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan penderitaan.
Mereka akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan mencari hasil
hutan atau menjual anak-anak perempuan untuk dijadikan hamba.
– Rumah petani berdindingkan tanah liat dan berbumbungkan rumput. Di dalamnya
tidak ada tempat berdiang (alat pemanas), pakaian mereka diperbuat daripada kain
benang kapas, dan makanan yang ada hanyalah secukup hidup sahaja.
– Masa lapang yang ada dipenuhi dengan mengadakan jamuan makan dan berjudi.
455
19 Jaw Q&A STPM SEJ P123.indd 455 05/04/2019 8:23 AM

