Page 30 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 30

Jawapan




            Kertas Model  STPM 940/1


          Soalan 1
          Pendahuluan
          –  Masyarakat agraria merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan, dan
            pemungutan hasil hutan dan sungai.
          –  Kebiasaannya, penempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur misalnya, di
            lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, dan kawasan yang mempunyai sistem
            saliran yang baik.
          –  Masyarakat China pada abad ke-16 hingga abad ke-17 merupakan masyarakat agraria,
            iaitu masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan sebagainya.
          Isi
          Masyarakat pertanian
          –  Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah padi sawah. Penanaman padi ini
            banyak dijalankan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman
            lain yang diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, dan lain-lain bijirin.
          –  Dinasti Ming mengadakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil
            pengeluaran pertanian. Antaranya, meningkatkan penggunaan sistem pengairan,
            pertanian selingan antara musim-musin tanaman, dan penggunaan peralatan
            pertanian yang moden.
          –  Aktiviti penanaman dengan menggunakan peralatan tradisional, namun masih boleh
            menghasilkan hasil yang banyak.
          –  Pertanian lain yang ditanam ialah barli, gandum, kacang, sayur-sayuran dan teh di
            selatan China.
          –  Kapas juga ditanam di utara dan selatan China dan menjadi bahan utama dalam
            membuat pakaian di China.
          –  Masyarakat China menanam sayur-sayuran sehingga seluruh tanah kosong di
            halaman rumah digunakan untuk menanam sayur-sayuran.
          –  Petani China juga menanam pokok buluh dan penggunaan pokok buluh telah
            dipelbagaikan oleh masyarakat seperti dibuat makanan, bangunan, perabot, dan
            peralatan memasak.
          –  Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara
            China menanam padi huma, sekoi, dan kekacang. Selain itu, gandum ditanam di
            Manchuria dan menjadi tanaman utama di utara China. Tanaman milet pula ditanam
            di Kansu, Shansi, dan Shensi.
          –  Tanaman kaoliang ditanam secara meluas di Manchuria. Hasil tanaman kaoliang
            telah dipelbagaikan oleh para petani. Mereka telah menggunakan batang dan daun
            kaoliang untuk membuat atap, anyaman (alas lantai), dan minyak.



                                         454




     19 Jaw Q&A STPM SEJ P123.indd   454                                 05/04/2019   8:23 AM
   25   26   27   28   29   30   31   32