Page 26 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 26
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
menempuh ranjau disebabkan pihak British sengaja melengah-lengahkan
pemberian kemerdekaan dengan mengenakan pelbagai peraturan seperti
Akta Majlis India (1909) dan Anugerah Perkauman (1932). Bagaimanapun,
usaha membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terjejas kesan konflik
antara orang Hindu dan orang Islam yang akhirnya membawa perpecahan
India kepada dua negara, iaitu India dan Pakistan.
4.4 Perhubungan Luar
Soalan 8 Penggal
Terangkan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1
(PBB). [20]
Rangka Jawapan
Pendahuluan
– Latar belakang PBB.
– Matlamat PBB.
Isi
– Perhimpunan Agung.
– Majlis Keselamatan.
– Majlis Ekonomi dan Sosial.
– Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
– Majlis Amanah.
– Sekretariat PBB.
Kesimpulan
– Peranan dan kepentingan PBB.
Jawapan
Kegagalan Liga Bangsa menyebabkan beberapa negara-negara anggota
bersidang di Istana St. James di London untuk menandatangani satu
perisytiharan menentang sebarang percubaan dan mana-mana negara daripada
membuat pakatan damai secara berasingan. Pada bulan Ogos 1941, Franklin
D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat perisytiharan yang
dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kemudiannya.
Pada bulan Januari 1942, satu dokumen ringkas telah ditandatangani
antara empat kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (Franklin D. Roosevelt),
Britain (Winston Churchill), Rusia (Maxim Litvinov), dan China (T.V.Soong).
Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaan-kerajaan yang
menandatangani dokumen itu daripada membuat sebarang pakatan damai
sementara secara berasingan dengan pihak musuh. Dokumen ini kemudiannya
dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu.
83
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 83 04/04/2019 5:25 PM

