Page 29 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 29

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
            warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan berhak
            untuk dilantik semula.
                Mahkamah ini berkuasa memberi nasihat atas permintaan  Majlis
            Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan. Mahkamah ini berkuasa
            mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya.
                Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, mahkamah ini tidak ada ejen
            penguatkuasa keputusan yang dibuatnya. Pelaksanaan keputusan mahkamah
            ini terletak atas persetujuan negara yang terlibat untuk mematuhinya.
                Kelemahan ini lebih ketara dalam kes-kes antarabangsa yang bersifat
            politik dan tidak dapat diselesaikan secara perundangan seperti kes yang
            melibatkan tuntutan ke atas wilayah, penentuan garis sempadan, dan tuntutan
            ganti rugi antara negara.
    Penggal
    1           Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh
            Majlis Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan Majlis
            Keselamatan. Sekretariat ini beribu pejabat di New York. Setiausaha Agung
            merupakan  pentadbir  tertinggi  dan  keberkesanan  Sekretariat  bergantung
            kepada kewibawaan dan pengaruh peribadi Setiausaha Agung berkenaan.
            Setiausaha Agung diberi kuasa untuk melantik kakitangan jabatannya. Beliau
            bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran Ibu Pejabat PBB
            yang terdiri lebih daripada 3 000 pegawai dan kakitangan (pada tahun 1998,
            jumlah kakitangan PBB ialah 8 900 orang).
                Jelaslah bahawa peranan PBB ialah untuk menyatukan fikiran, pendapat,
            dan tindakan negara-negara anggotanya terhadap sesuatu masalah yang
            membabitkan kepentingan sejagat. Dalam Perhimpunan Agung, wakil-wakil
            negara anggota diberi peluang berdebat, berbincang, dan membuat keputusan
            berdasarkan undian terbanyak. PBB merupakan pertubuhan antarabangsa
            yang mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain dalam
            menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

























                                          86




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   86                                        04/04/2019   5:25 PM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32