Page 28 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 28

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
              memutuskan perhubungan ekonomi negara tersebut, dan meminta negara
              anggota PBB mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut sama
              ada melalui sekatan darat,  laut, atau udara.
                   Ciri terpenting Majlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa
              veto. Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan
              persetujuan setiap ahli tetap. Ini bermakna bantahan setiap ahli tetap
              boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang genting,
              keputusan yang sah mestilah menerima undi dua pertiga (atau sembilan) ahli
              Majlis Keselamatan.
                   Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan      Penggal
              mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan,
              dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
              Majlis ini bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Antara tugas   1
              majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi,
              kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan, dan sebagainya.
                   Usaha ini boleh dilakukan secara langsung ataupun dengan membentuk
              sebuah suruhanjaya pakar. Keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya pakar
              akan menjadi dasar untuk dibincangkan oleh majlis ini. Keputusan majlis ini
              pula akan dikemukakan kepada Perhimpunan Agung untuk dipertimbangkan
              dan mengambil tindakan yang perlu.
                   Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and
              Agriculture Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and
              Cultural Organisation (UNESCO), International Labour Organisation (ILO),
              United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), International
              Bank for Reconstruction and Development (IBRD), dan International Monetary
              Fund (IMF).
                   Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang
              diamanahkan di bawah pentadbiran PBB. Prinsip asasnya ialah sebarang
              wilayah yang dirampas daripada musuh yang telah dikalahkan tidak boleh
              dijadikan jajahan takluk oleh mana-mana kuasa yang menang. Sebaliknya,
              wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah
              sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahannya sendiri.
                   Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari
              Jerman, Itali, dan Jepun. Contoh kawasan-kawasan yang pernah diletakkan
              sebagai  kawasan  amanah ialah  New  Guinea  yang  ditadbir  oleh  Australia,
              Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand, dan Cameroon, Tanganyika,
              dan Togoland ditadbir oleh Britain. Bagaimanapun, kawasan-kawasan ini
              akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-an. Oleh itu, Majlis
              Amanah kurang berfungsi kerana kawasan-kawasan amanah telah mencapai
              kemerdekaan.
                   Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda.
              Mahkamah ini mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan
              Agung  dan  Majlis  Keselamatan.  Setiap  hakim  mestilah  terdiri  daripada


                                            85




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   85                                        04/04/2019   5:25 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32