Page 27 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 27

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
                Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan Piagam
            PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip
            asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB, iaitu
            menjamin  keamanan  dan  keselamatan  dunia,  menggalakkan  hubungan
            berbaik-baik antara negara-negara anggota, bekerjasama dalam menyelesaikan
            masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira
            bangsa, agama dan warna kulit, serta menggalakkan kemajuan kemasyarakatan
            dan memperbaiki taraf hidup manusia.
                Untuk  melaksanakan  tanggungjawab  bagi  merealisasikan  matlamat
            dan objektif yang digariskan, PBB mewujudkan enam organisasi. Organisasi
            tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi dan
            Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah, dan Sekretariat.
    Penggal
    1           Perhimpunan Agung merupakan badan PBB terpenting. Badan-badan
            lain  dilantik  oleh  Perhimpunan Agung.    Hal  ini  bermakna  Perhimpunan
            Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis
            Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah. Majlis ini juga mempunyai hak untuk
            turut melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
                Antara tugas-tugas Perhimpunan Agung ialah menimbang serta
            membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha memelihara
            keamanan dan keselamatan dunia termasuk dasar pensenjataan dan mengawal
            perlucutan senjata. Selain itu, Perhimpunan Agung mengambil langkah
            mengkaji dan membuat syor bagi menggalakkan kerjasama antarabangsa
            dalam bidang politik, perkembangan undang-undang antarabangsa,
            menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia, dan
            mencapai permuafakatan dan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi,
            kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran dan kesihatan. Perhimpunan Agung
            juga mengawasi dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan
            amanah serta mencadangkan cara menyelesaikan masalah secara damai dan
            seterusnya mengekalkan hubungan baik antara negara.  Perhimpunan Agung
            berperanan menimbang dan meluluskan rang perbelanjaan PBB, menentukan
            kadar sumbangan wang daripada negara-negara anggota, dan memeriksa
            perbelanjaan pertubuhan-pertubuhan khas PBB.
                Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal
            berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya sehingga
            tahun  1965,  majlis  ini  mempunyai  11 ahli,  iaitu  lima  ahli  tetap  (Amerika
            Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis, dan China yang diwakili
            oleh Taiwan sehingga tahun 1971) dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua
            tahun. Mengikut Piagam PBB, antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis
            Keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan adalah seperti
            meminta semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik
            dengan negara yang ingkar itu, meminta semua anggota PBB memutuskan
            perhubungan kereta api, laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio,
            atau sebarang bentuk komunikasi, meminta semua negara anggota PBB



                                          84




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   84                                        04/04/2019   5:25 PM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32