Page 6 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 6

Bab
              4               Nasionalisme dan

                              Pembentukan Negara Bangsa





                    Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Peluasan Kuasa Barat
              4.1   dan Kesan Penjajahan Barat                                    Penggal


            Soalan 1                                                              1
              Bincangkan isu-isu yang menimbulkan ketegangan antara kuasa Barat
              dengan pemerintah China.                                   [20]


              Rangka Jawapan
              Pendahuluan
              –  Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat.
              –  Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat.
              –  Terdapat enam isu yang menyebabkan wujudnya ketegangan antara orang
                 Barat dengan pemerintah China.
              Isi
              –  Isu perdagangan.
              –  Isu candu.
              –  Isu perundangan.
              –  Isu agama Kristian yang dibawa masuk ke China.
              –  Isu petempatan orang asing.
              –  Isu pengenalan teknologi Barat.
              Kesimpulan
              –  Keengganan pemerintah China berkompromi terhadap isu-isu yang
                 menimbulkan kemarahan kuasa Barat menyebabkan kuasa Barat mencari
                 helah untuk menguasai China.


            Jawapan
                   Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat
              dan keadaan ini merupakan satu permulaan era baharu dalam sejarah China.
              Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan
              pelbagai insiden yang merenggangkan hubungan antara kuasa Barat dengan
              kerajaan China. Terdapat enam punca yang menyebabkan ketidakpuasan hati
              ini.
                   Antara isu yang dibangkitkan ialah isu perdagangan. Setelah memutuskan
              untuk berdagang di China, kuasa Barat mengharapkan keuntungan yang besar.



                                            63




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   63                                        04/04/2019   5:25 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11