Page 7 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 7

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
            Malangnya, kerajaan Manchu mengamalkan dasar pemencilan atau isolasi.
            Mengikut pandangan Confucius, perdagangan merupakan pekerjaan yang
            hina. Para pedagang dianggap cuba memeras golongan lain untuk mengaut
            keuntungan berlipat kali ganda.
                Selain itu, kerajaan China mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang
            asing. Pelabuhan Canton sahaja dibenarkan untuk menjalankan urusan
            perdagangan. Pedagang tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun dan hanya
            dibenarkan tinggal pada musim sejuk di sekitar kilang mereka sahaja.  Wanita
            dan pedagang bersenjata tidak dibenarkan memasuki kawasan perdagangan.
            Keluarga pedagang tidak dibenarkan masuk dan pedagang tidak dibenarkan
            berkahwin dengan wanita tempatan. Pedagang dibenarkan bergerak dalam
            kumpulan tidak melebihi 10 orang dan tidak boleh mempelajari bahasa China.
    Penggal
    1       Pedagang  asing  hanya  berurusan  dengan  pedagang  yang  dikenali  sebagai
            Co-hong. Barang yang diperdagangkan juga ditentukan oleh Co-hong.
                Sebab utama kerajaan China tidak berminat berdagang dan berurusan
            dengan kuasa Barat kerana bimbang ancaman golongan penentang daripada
            penyokong Ming. Mereka bimbang apabila banyak pelabuhan dibuka untuk
            menjalankan perdagangan dengan pihak Barat, akan memberi peluang kepada
            penyokong Ming untuk mendapat bantuan dan sokongan pihak Barat. Justeru
            itu, beberapa pelabuhan di kawasan utara ditutup bagi mengelakkan golongan
            ini menceroboh istana di Peking.
                Isu candu juga merupakan isu yang dominan dan mencetuskan
            ketegangan antara kuasa Barat dengan China. Sistem ekonomi di China
            merupakan sistem sara diri, iaitu mereka tidak perlu bergantung kepada
            orang lain kerana mampu menghasilkan barang keperluan sendiri. Keadaan
            tersebut merugikan kuasa Barat disebabkan berlakunya perniagaan secara
            satu hala kerana sutera dan teh dari China amat diperlukan untuk dijual di
            Eropah. Tambahan pula, hanya wang emas dan perak boleh digunakan untuk
            berdagang.  Akhirnya, kuasa Barat membawa masuk candu yang dibawa dari
            India yang dibeli dengan murah. Lama-kelamaan, candu menjadi barang
            kegemaran masyarakat China. Ini menyebabkan pengeluaran wang yang terlalu
            banyak kerana kos mengimport candu melebihi kos eksport teh dan sutera.
                Keadaan tersebut menyebabkan ekonomi China mulai merosot dan
            Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan pembelian dan penggunaan candu.
            Lin Tsu-hse telah dilantik untuk mengawal kemasukan candu di pelabuhan
            Canton. Kerajaan China mengarahkan supaya semua candu diserahkan dan
            akan dibayar dengan teh. Apabila pihak British tidak menghiraukan arahan
            tersebut, Lin Tsu-hse memutuskan untuk mengawal kediaman orang asing.
                Untuk memelihara keselamatan pedagang, pihak British telah
            menyerahkan candu dan meminta ganti rugi atas candu yang dimusnahkan.
            Pihak China pula tidak menghiraukan perkara tersebut. Kedegilan kedua-dua
            pihak memenuhi tuntutan masing-masing diburukkan lagi apabila seorang
            rakyat China, iaitu Lin Wei His dibunuh oleh beberapa orang kelasi British



                                          64




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   64                                        04/04/2019   5:25 PM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12