Page 10 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 10
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
Jawapan
Sejarawan Barat menganggap peristiwa Dahagi India hanya semata-mata
kebangkitan tentera yang tidak berpuas hati terhadap isu peluru rifle yang
disalut dengan lemak khinzir dan lemak lembu. Bagaimanapun, sejarawan
Asia berpendapat bahawa Dahagi India berlaku disebabkan reaksi langsung
daripada ancaman pengaruh British terhadap isu adat, budaya, dan agama
masyarakat India.
Terdapat pelbagai isu yang menimbulkan kemarahan masyarakat India.
Pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh British seperti menghapuskan
amalan suttee dan thugee yang diamalkan sejak turun-temurun menimbulkan Penggal
rasa kurang senang masyarakat Hindu terhadap pentadbiran Barat.
Suttee ialah amalan seseorang balu beragama Hindu yang membakar
diri bersama suaminya yang sudah meninggal dunia semasa upacara 1
pengebumian. Pentadbiran British cuba menghapuskan amalan ini melalui
undang-undang yang digubal pada tahun 1928 kerana amalan ini dianggap
sebagai tidak berperikemanusiaan. Thugee merujuk kepada budaya merompak
dan membunuh pengembara-pengembara yang dilakukan oleh kumpulan
agama dengan menggunakan nama Dewi Kali.
Gabenor Jeneral British di India, Lord William Bentick turut
menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan. Amalan ini dilakukan
bagi mengelakkan ibu bapa menanggung malu dan derita seperti pemberian
dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin.
Balu-balu juga dilarang berkahwin semula. Pengganti Lord William
Bentick, Lord Dalhousie memandang serius isu ini lalu menggubal Akta
Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu, iaitu satu undang-undang yang
melanggar adat dan tradisi masyarakat Hindu.
Sebenarnya, amalan suttee, thugee, pembunuhan anak perempuan,
dan larangan balu berkahwin semula hanya diamalkan di kawasan-kawasan
tertentu bukannya di seluruh India.
Kebanyakan masyarakat India menyambut baik kemasukan teknologi
Barat seperti telegraf dan pembinaan kereta api kerana memberi kemudahan
kepada mereka. Bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang
berpendapat kemasukan teknologi Barat bercanggah dengan sistem kasta
yang mereka amalkan. Penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan
kereta api hanya dibenarkan menaiki kereta api kelas ketiga kerana kelas
satu dan kelas dua hanya digunakan oleh pegawai-pegawai British sahaja.
Diskriminasi tersebut menjejaskan imej masyarakat India yang berkasta tinggi
kerana mereka terpaksa bercampur dengan kasta-kasta yang lebih rendah.
Cara pihak British menguasai India juga menimbulkan kemarahan
kepada penduduk tempatan. British menggunakan pelbagai alasan untuk
menakluki sesebuah kawasan. Lord Dalhousie misalnya menggunakan tiga
cara untuk menguasai wilayah di India. Pertama, berperang untuk menakluk
sesuatu kawasan. Kedua, melalui “Undang-undang Lesap Waris”. Sebagai
67
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 67 04/04/2019 5:25 PM

