Page 8 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 8
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
yang mabuk. Pihak China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserahkan
tetapi Kapten Charles Elliot telah menolak kerana beliau tidak mahu insiden
kapal Lady Hughes berulang kembali. Dalam insiden tersebut, apabila kelasi
kapal diserahkan kepada pihak penguasa China, kelasi tersebut dicekik sampai
mati tanpa dibicarakan.
Punca seterusnya ialah isu perundangan. Prinsip keadilan China
berdasarkan guilty until proven innocent yang menganggap seseorang yang
dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat
dibuktikan. Manakala prinsip keadilan Barat berpegang kepada prinsip
innocent until proven guilty yang bermakna seseorang yang dituduh melakukan Penggal
kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan
dengan jelas.
Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan 1
undang-undang Barat. Undang-undang Barat adalah berdasarkan konsep
tanggungjawab individu, iaitu hukuman akan dijatuhkan kepada individu
yang melakukan kesalahan. Undang-undang China pula bersandarkan kepada
prinsip tanggungjawab berkumpulan yang bermaksud sekiranya individu
yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan, maka kumpulannya akan
bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seorang daripada ahli kumpulan
mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan oleh ahli kumpulan itu.
Isu agama Kristian yang dibawa masuk ke China turut menjadi
punca ketidakpuasan hati masyarakat China. Ramai rakyat China berjaya
dikristiankan dan perkembangan ini mengancam kebudayaan orang China
yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan
Taoisme. Selain membina gereja-gereja baharu, mubaligh Kristian dikatakan
melindungi orang China yang memeluk agama Kristian. Kemuncak kepada
isu ini ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan
paderi, rahib, dan pegawai Barat dibunuh. Gereja turut dibakar oleh orang
China.
Seterusnya ialah isu petempatan orang asing. Kemunculan petempatan
asing khususnya di kawasan pelabuhan. Petempatan orang asing mempunyai
sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal pemerintah China. Penduduk
di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Di
wilayah pajakan ini, orang asing membentuk majlis perbandaran, undang-
undang, mahkamah, polis, dan pasukan pertahanan sendiri. Perkembangan
ini menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang asing yang membentuk
komuniti masing-masing di bumi China. Mereka bimbang orang Barat akan
menceroboh tanah air mereka seperti apa yang berlaku terhadap Hong Kong
yang diambil alih oleh British dan Macau yang dikuasai oleh Portugis.
Akhir sekali ialah isu pengenalan teknologi Barat. Pengenalan teknologi
Barat telah menyebabkan berlaku pengangguran dalam masyarakat China.
Misalnya, pengenalan teknik baharu dalam sektor perlombongan telah
65
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 65 04/04/2019 5:25 PM

