Page 11 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 11

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
            contoh, jika seseorang maharaja mangkat tanpa meninggalkan waris untuk
            mewarisi takhta tersebut, secara automatik negeri itu akan jatuh ke tangan
            British.
                Cara ketiga pula ialah memberi  alasan penganiayaan, kezaliman, dan
            ketidakstabilan politik sesebuah wilayah. Jika sesebuah wilayah itu huru-hara,
            maka British boleh menguasai kawasan tersebut. Sebagai contoh, pentadbiran
            Qudh di bawah Nawab Khan berada dalam keadaan huru-hara dan amalan
            rasuah berleluasa. Lord Dalhousie merampas Qudh atas alasan tersebut.
                Kemuncak kemarahan masyarakat India terhadap pihak British boleh
            dilihat daripada peristiwa Dahagi India. Golongan pembesar telah kehilangan
            kedudukan dan menjejaskan sumber pendapatan serta status sosial mereka.
                Cara-cara yang digunakan oleh British untuk menguasai wilayah tertentu
    Penggal
    1       dianggap mencabul kedaulatan mereka. Maka, putera-putera pemerintah turut
            menyertai gerakan tersebut.
                Punca utama timbulnya Dahagi India adalah disebabkan perasaan tidak
            puas hati sepoi-sepoi India yang berkasta tinggi. Mereka dihantar berkhidmat
            ke luar negara dan mereka berpegang kuat kepada prinsip, iaitu kasta mereka
            akan hilang jika mereka menyeberang laut. Sebenarnya penghantaran ini
            adalah untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan tentera British dan
            India. Hukuman gantung dikenakan kepada sesiapa yang enggan mematuhi
            peraturan tersebut.
                Kemuncak perasaan tidak puas hati berlaku apabila sepoi-sepoi mendapat
            tahu peluru rifle yang digunakan disalut dengan lemak khinzir dan lemak
            lembu. Lemak khinzir haram bagi orang Islam dan lemak lembu pula haram
            kepada penganut agama Hindu. Walaupun peluru tersebut ditarik balik dan
            disalutkan dengan kertas, sepoi-sepoi masih tidak mempercayainya. Mereka
            didakwa dan dipenjarakan. Mereka menunjukkan kemarahan dengan
            membunuh pegawai British dan membakar kediaman mereka.
                Pihak penjajah sering menganggap mereka lebih hebat menyebabkan
            mereka cenderung menggubal dasar
            yang memperkecilkan adat, budaya, dan   Kesalahan Lazim
            agama  masyarakat  India.  Maka,  tidak   Dahagi India merupakan sebab
            hairanlah jika penduduk tempatan   utama masyarakat India menentang
            merasakan tidak ada cara lain selain   British. Sebenarnya, banyak isu
            melancarkan penentangan terhadap   lain yang menimbulkan rasa tidak
            penjajah. Penentangan tersebut telah   puas hati masyarakat India terhadap
            diterjemahkan melalui Dahagi India   British.
            yang berlaku pada tahun 1857.









                                          68




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   68                                        04/04/2019   5:25 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16