Page 9 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 9
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
mempercepatkan penggunaan sumber alam yang terhad di samping
mengurangkan pengambilan tenaga buruh. Sarjana China menganggap
mereka tidak akan maju jika belajar dengan kuasa Barat kerana orang Barat
tidak ikhlas. Keuntungan yang diperoleh daripada teknologi baharu ini adalah
untuk jangka masa pendek dan orang Barat akan memeras ekonomi China
secara perlahan-lahan.
Keengganan pemerintah China Tip Pemeriksa
Tip Pemeriksa
berkompromi terhadap isu-isu yang
menimbulkan kemarahan kuasa Barat Calon harus mengetahui
menyebabkan kuasa Barat mencari helah sekatan yang dikenakan oleh
untuk menguasai China. Faktor budaya pemerintah China ke atas
yang berbeza menyebabkan sifat toleransi pedagang asing.
Penggal
1 sukar diamalkan.
Soalan 2
Jelaskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan masyarakat
India terhadap peluasan kuasa Barat. [20]
Rangka Jawapan
Pendahuluan
– Reaksi penduduk tempatan di India terhadap peluasan pengaruh Barat
dikaitkan dengan pelbagai isu khususnya yang menyentuh isu adat, budaya,
dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan.
– Kemuncak kepada kemarahan masyarakat India terhadap pengaruh Barat
ialah berlakunya pemberontakan yang dikenali sebagai Dahagi India yang
berlaku pada tahun 1857.
Isi
– Menghapuskan amalan suttee dan thugee.
– Pembunuhan bayi perempuan.
– Pengenalan Akta Kahwin Semula.
– Kemasukan teknologi Barat (pembinaan jalan kereta api dan telegraf).
– Cara British menguasai India.
– Isu-isu yang berkaitan Dahagi India.
Kesimpulan
– Pihak penjajah sering menganggap mereka lebih hebat menyebabkan mereka
cenderung menggubal dasar yang memperkecilkan adat, budaya, dan agama
masyarakat India.
– Tidak hairanlah jika penduduk tempatan merasakan tidak ada cara lain selain
melancarkan penentangan terhadap penjajah.
66
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 66 04/04/2019 5:25 PM

