Page 21 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 21

Pengajian Am Semester 2  STPM  Karangan

                    5  Peranan media massa
                     •  Pengaruh yang besar terhadap pembentukan minda remaja
                     •  Menyiarkan rancangan berbentuk ilmiah dengan lebih banyak
                     •  Mengurangkan rancangan berunsur negatif
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                Karangan Contoh
                    Ketandusan  pegangan  moral  dan  agama  dalam  kalangan  remaja   Pendahuluan
                semakin  serius  disebabkan  pembangunan  pesat  di  negara  kita  dan
                kegagalan untuk menyeimbangkan kedua-dua aspek pembangunan fizikal
                dan  rohani.  Oleh  itu,  pelbagai  pihak  harus  berganding  bahu  mencari                     BAHAGIAN
                penyelesaian  kepada  masalah  ini.  Hal  ini  demikian  kerana,  kita  ingin
                generasi muda Malaysia bukan sahaja menjadi bangsa yang maju tetapi                           3
                mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji.
                    Satu  daripada  langkah  untuk  menyelesaikan  masalah  keruntuhan   Mewajibkan mata pelajaran
                moral  ialah  kita  perlu  mewajibkan  semua  pelajar  di  semua  institusi   Pendidikan Moral atau
                pendidikan mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral atau Pendidikan   Pendidikan Islam
                Islam. Penerapan nilai-nilai murni adalah sangat penting untuk memupuk
                tingkah  laku  yang  baik  bagi  seseorang  remaja.  Nilai-nilai  murni  harus
                dihayati  oleh  remaja  agar  mereka  lebih  bertanggungjawab,  penyayang,
                bertoleransi,  dan  sebagainya.  Pendidikan  agama  yang  mementingkan
                akhlak yang baik  membolehkan seseorang remaja mendisiplinkan diri
                mereka.  Langkah  ini  merupakan  langkah  yang  baik  tetapi  pengajaran
                praktikal  harus  lebih  di penting  kan  lagi  berbanding  dengan  pengajaran
                teori  supaya  masalah  keruntuhan  moral  dapat  ditangani  dengan  lebih
                berkesan.
                    Pembangunan  yang  pesat  mendorong  lebih  banyak  pusat  hiburan   Kerajaan perlu mengadakan
                seperti kelab malam dan disko didirikan terutamanya di kawasan bandar.     undang-undang kawalan yang
                Untuk  menangani  masalah  ini,  kerajaan  perlu  mewujudkan  undang-  lebih ketat untuk mengawal
                undang  yang  lebih  ketat  untuk  memastikan  pusat-pusat  hiburan  tidak   tempat-tempat hiburan
                dikunjungi oleh remaja di bawah had umur. Selain itu, pihak-pihak lain
                hendaklah  bekerjasama  dengan  pihak  kerajaan  dalam  menjalankan
                operasi  membanteras  kegiatan  penjualan  pil  ekstasi  di  pusat-pusat
                hiburan.  Selain  itu,  pihak  kerajaan  juga  perlu  menganjurkan  program
                yang berfaedah seperti Program Rakan Muda supaya lebih banyak remaja
                mendapat pendedahan tentang pelbagai jenis aktiviti yang berfaedah yang
                boleh disertai oleh mereka.
                    Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam memantau     Ibu bapa memainkan peranan
                dan  mengawal  tingkah  laku  anak-anak  mereka.  Ibu  bapa  yang  terlalu   yang penting dalam mengawal
                mementingkan  kerjaya  demi  membiayai  perbelanjaan  keluarga,  secara   tingkah laku anak-anak
                tidak langsung telah mengabaikan anak-anak mereka. Ibu bapa sepatutnya
                memberi  perhatian  tentang  tingkah  laku  anak-anak  mereka  di  rumah
                mahupun  di  luar.  Mereka  juga  harus  memberikan  kasih  sayang  dan
                sokongan kepada anak mereka serta menggalakkan anak-anak menyertai
                aktiviti yang berfaedah. Apabila anak-anak menghadapi masalah, ibu bapa
                harus  membantu  anak-anak  menyelesaikan  masalah  dan  membimbing
                mereka dengan cara yang betul.


                                                                                                        179






         STPM PA P2_Bhg 3.indd   179                                                                    1/28/22   8:48 AM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26