Page 22 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 22
Pengajian Am Semester 2 STPM Karangan
Pihak sekolah dan institusi Pihak sekolah dan institusi pendidikan memainkan peranan penting
pendidikan memainkan peranan dalam memantau tingkah laku pelajar. Guru-guru harus diberikan kuasa
penting dalam memantau
tingkah laku pelajar untuk menangani masalah disiplin pelajar. Mereka perlu peka terhadap
perubahan tingkah laku pelajar dan memaklumkan kepada ibu bapa
tentang perubahan tersebut. Guru kaunseling juga mempunyai peranan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
penting dalam memberikan nasihat kepada pelajar melalui khidmat
kaunseling. Apabila pelajar menghadapi masalah, guru kaunseling harus
bersedia untuk mendengar masalah mereka serta membantu mereka
menyelesaikan masalah tersebut.
Peranan media massa Tidak dapat dinafikan bahawa media massa mempunyai pengaruh yang
BAHAGIAN besar terhadap pembentukan minda remaja. Media massa berupaya untuk
mempengaruhi minda remaja ke arah kebaikan mahupun sebaliknya.
3 Oleh itu, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik
perlu memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan atau bahan-
bahan yang berbentuk ilmiah dengan lebih banyak selain mengurangkan
rancangan atau bahan-bahan yang berunsur negatif. Sogokan rancangan
berbentuk ilmiah dapat membentuk moral remaja ke arah yang lebih baik
sesuai dengan pembangunan negara yang pesat.
Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam me nangani
masalah ini dengan mempraktikkan langkah-langkah yang efektif
dan menyeluruh kerana kemajuan pesat hendaklah menyeimbangkan
pembangunan rohani dengan pembangunan material dan fizikal.
Sehubungan dengan itu, para remaja harus sedar bahawa sebagai generasi
pelapis, mereka harus mempunyai akhlak yang baik bagi memastikan
masa depan negara terus kekal maju dan makmur.
Isi ekstra
Peranan masyarakat
• Masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh sahaja
• Menegur remaja yang terlibat dengan gejala sosial
• Jangan membiarkan remaja terus berada di jalan yang salah
• Perlu bersifat kolektif sebagai anggota masyarakat yang
bertanggungjawab
• Hulurkan bantuan sama ada dari segi tenaga ataupun kerohanian
180
STPM PA P2_Bhg 3.indd 180 1/28/22 8:48 AM

