Page 18 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 18

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Penulisan

          Karangan Respons Terbuka                                              Video

                                                                                      Tip Menulis
     Fokus Topik                                                                      Karangan A+


     Soalan      Kertas SPM 1103/1 Bahasa Melayu Bahagian B
     Kriteria    •  Murid  perlu  menulis  karangan  berdasarkan  empat  pilihan  domain  seperti  domain  awam,  domain
                   peribadi,  domain  pendidikan,  dan  domain  kerjaya.  Murid  perlu  memilih  salah  satu  daripada  pilihan
                   domain tersebut.
                 •  Kebiasaannya, isu yang terdapat dalam domain merupakan tajuk-tajuk yang terdapat dalam tema buku
                   teks yang disesuaikan dengan petikan bahan-bahan terkini.
                 •  Karangan bahagian ini boleh terdiri daripada pelbagai format karangan seperti:
                     (i)   peribahasa / kiasan           (iv)  ucapan / syarahan / ceramah / pidato
                    (ii)  surat kiriman rasmi / tidak rasmi       (v)  laporan / berita
                    (iii)  dialog / wawancara            (vi)  fakta / pendapat
                 •  Panjang karangan perlu ditulis antara 350 hingga 500 patah perkataan. Murid perlu akur akan ketetapan
                   jumlah perkataan.
     Markah      61 – 70 Cemerlang                 21 – 30 Kurang Memuaskan
                 51 – 60 Kepujian                  1 – 20  Penguasaan Minimum
                 41 – 50 Baik                      Markah penuh: 70 markah
                 31 – 40 Memuaskan
     Masa        1 jam 30 minit


     Panduan Menjawab Soalan
       1.  Sila baca arahan soalan yang diberikan dengan teliti.
       2.  Fahami petikan yang diberikan dan kehendak soalan.
       3.  Kenal pasti format karangan yang sesuai dengan memberikan tumpuan kepada ayat terakhir kehendak soalan.
       4.  Jangan salin kesemua perkataan yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Analisis dan hasilkan olahan sendiri yang
         bersesuaian dengan maklumat penting yang hendak disampaikan dalam petikan tersebut dengan kehendak soalan.
       5.  Murid digalakkan supaya membina perenggan pendahuluan, tiga perenggan isi, dan perenggan penutup.
       6.  Murid digalakkan untuk menghasilkan rangka terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan.
          Cadangan rangka dan jumlah perkataan bagi esei adalah seperti yang berikut:
                          Perenggan           Bahagian          Jumlah perkataan

                       Perenggan 1           Pendahuluan              80
                       Perenggan 2              Isi 1                100+
                       Perenggan 3              Isi 2                100+
                       Perenggan 4              Isi 3                100+

                       Perenggan 5            Penutup                 80
       7.  Perenggan pendahuluan mengandungi isu dan haruslah ditulis dengan gaya penulisan yang menarik.
       8.  Murid dicadangkan untuk mengolah isi yang mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Setiap perenggan perlu
         dibina dengan menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang betul, dan mempunyai koheren bagi setiap isi yang
         hendak disampaikan.
       9.  Perenggan penutup harus mengandungi rumusan akhir hasil penulisan yang tidak berulang daripada mana-mana isi.
         Cadangan penutup terdiri daripada pihak yang terlibat, ayat cadangan dan harapan, serta peribahasa.
       10.  Selepas selesai menulis esei, murid digalakkan untuk mengira dan menulis jumlah perkataan. Murid perlu akur akan
         ketetapan bilangan perkataan, iaitu tidak melebihi 500 patah perkataan.




   © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               82






 2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd   82                                                 30/11/2022   12:14 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23