Page 20 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 20
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Penulisan
Kurang daripada 50 patah perkataan Kurang daripada 100 patah perkataan
Pilih 2 isi atau gabungkan 3 isi menjadi 2 isi Cipta 3 isi
Kesimpulan / Penutup
P – Pihak terlibat perlu P – Pihak terlibat perlu
C – Cadangan supaya C – Cadangan supaya
H – Harapan H – Harapan
U – Ungkapan U – Ungkapan
K – Kesan
Kurang daripada 45 patah perkataan Kurang daripada 90 patah perkataan
Model Karangan Respons Terbuka
Domain Awam
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan kes positif COVID-19 terus dirasai, lebih-lebih
lagi kebelakangan ini angka kes baharu beberapa kali mencecah rekod tertinggi. Perkara ini
menjadi tajuk utama berita dan coretan kebimbangan pelbagai pihak di dada-dada akhbar
mahupun media sosial. Sebagai rakyat, kita harus kekal memberi sokongan kepada petugas
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kerajaan lain. Berhenti menabur fitnah dan
amalan buli siber terhadap barisan hadapan. Masyarakat perlu sentiasa mematuhi saranan KKM
dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kita semua kekal di rumah jika bergejala, tidak
bergejala, atau tiada keperluan mendesak untuk keluar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masyarakat Pentingkan Diri Punca Kes COVID-19 Makin
Tinggi’ oleh Sarfarizmal Saad, Berita Harian, 5 Februari 2021
Petikan rencana di atas menyatakan bahawa peningkatan kes jangkitan COVID-19 kembali
meningkat akibat kegagalan masyarakat untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Peraturan ini penting bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada terus meningkat.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis rencana bagi menjelaskan usaha
yang dapat dilakukan sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk mengekang penularan wabak
COVID-19.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Langkah 1: Analisis Petikan dan Soalan
Analisis bahan Petikan keratan akhbar dan kehendak soalan
Strategi Murid dikehendaki membaca petikan akhbar bagi menilai skop dan kehendak
menggunakan tema soalan.
bahan
Analisis petikan: Berkaitan dengan peningkatan kes COVID-19 yang semakin
meningkat akibat kegagalan masyarakat mematuhi peraturan yang ditetapkan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84
2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd 84 30/11/2022 12:14 PM

