Page 21 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 21

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Penulisan


                        Kehendak soalan: Anda dikehendaki menulis sebuah rencana bagi menjelaskan
                        usaha yang dapat dilakukan sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk
                        mengekang penularan wabak ini.
                        Format penulisan: Rencana

       Mengolah         Daripada isu petikan akhbar, murid digalakkan supaya menggunakan isu
       bahan            berkenaan sebagai permulaan ayat rangsangan untuk menulis karangan dan
                        mengaitkannya dengan kehendak soalan.


       Langkah 2: Membina Pendahuluan dengan Menggunakan Formula IKTHS

       Isu         Tanda pagar #kitajagakita perlu menjadi peringatan rakyat Malaysia kembali.
                   Laporan akhbar tentang berlakunya peningkatan jangkitan kes COVID-19 semula
                   amat membimbangkan.
       Kesan       Peningkatan ini bukan sahaja menimbulkan kesusahan kepada rakyat, malah
                   menyebabkan kelumpuhan beberapa sektor penting dalam menjanakan ekonomi
                   negara.

       Tindakan    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pelbagai program.
       Hasil       Namun begitu, program yang dilaksanakan masih belum memberi impak
       tindakan    sepenuhnya.
       Soalan      Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, terdapat pelbagai usaha yang dapat kita
                   lakukan untuk membendung masalah ini.

       Kira        71 patah perkataan


       Langkah 3: Membina Isi
      Isi 1

       Topik                Kita mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri.

       Mengapa              Jangkitan  COVID-19  berlaku  disebabkan  oleh virus  SARS-CoV-2  yang
                            terdapat pada individu positif virus berkenaan melalui titisan dari hidung
                            atau mulut yang tersebar apabila individu tersebut batuk atau bersin.

       Bagaimana            Apabila  seseorang  itu sentiasa  menjaga  kebersihan  diri,  peratus
                            kebolehjangkitan  menjadi  semakin  rendah  kerana  individu  ini  sentiasa
                            memastikan persekitaran dan fizikal diri bebas daripada sebarang medium
                            kotor yang dapat menyebabkan jangkitan.

       Akibat               Kajian mendapati bahawa individu yang membasuh tangan lebih kerap
                            mempunyai kebolehjangkitan yang lebih rendah berbanding dengan
                            individu yang tidak membasuh tangan.

       Peribahasa/          Kebersihan sebagai budaya kehidupan
       Ungkapan Menarik




                                                  85                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd   85                                                 30/11/2022   12:14 PM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26