Page 19 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 19

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Penulisan



            Kesalahan Lazim
        Pematuhan     Murid biasanya gagal menulis karangan melebihi 350 patah perkataan kerana kekurangan kemahiran
                      untuk menghuraikan idea.
        Format        Murid perlu peka akan kehendak soalan. Soalan perlu dibaca dengan teliti sebelum mula menulis dan
                      membina  idea.  Kegagalan  murid  untuk  mengenal  pasti  kehendak  soalan  menyebabkan  pembaziran
                      masa sewaktu peperiksaan.
        Jumlah isi    Murid biasanya akan memberikan empat isi berbanding tiga isi bagi format baharu. Jumlah isi tidak
                      mempengaruhi pemarkahan. Penekanan kepada kualiti isi dan bukannya kuantiti jumlah isi.
        Nisbah isi    Murid biasanya menghuraikan isi dengan purata bilangan perkataan banyak tertumpu pada perenggan
                      pendahuluan  dan  perenggan  kedua.  Murid  seharusnya  bijak  merangka  dan  menetapkan  jumlah
                      patah perkataan yang seimbang. Tumpuan lebih kepada isi dan bukannya kepada pendahuluan dan
                      kesimpulan.
        Pilihan domain  Murid  mengubah  pilihan  soalan  setelah  menghabiskan  separuh  waktu  untuk  menyiapkan  karangan.
                      Perkara ini perlu dielakkan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menjana idea sekiranya murid menghadapi
                      kebuntuan dalam menghasilkan idea.
        Peribahasa    Murid  perlu  menekankan  penggunaan  perkataan  standard  yang  bersesuaian  dengan  laras  bahasa
        atau ungkapan   yang  digunakan.  Penggunaan  terlalu  banyak  peribahasa  dan  ungkapan  menarik  dapat  menjejaskan
        menarik       pembentukan  makna  yang  sesuai  dalam  sesuatu  ayat.  Untuk  karangan  respons  terbuka,  murid
                      dinasihatkan supaya menggunakan maksimum tiga peribahasa yang diselitkan di mana-mana bahagian
                      perenggan.
        Unsur nilai   Murid perlu bijak memasukkan atau menyelitkan unsur nilai murni sewaktu menulis karangan. Hal ini
                      mampu memaksimumkan markah penulisan karangan.



       Cadangan Formula Kata Kunci IKTHS

                 Karangan Bahagian A                           Karangan Bahagian B
       30 markah                                   70 markah
       Cadangan 30 minit masa menjawab             Cadangan 1 jam 30 minit waktu menjawab
       Perlu disiapkan dahulu                      Disiapkan kemudian

       150 – 200 patah perkataan                   350 – 500 patah perkataan
                                      Kata Kunci (Pendahuluan)
                                                   I – Isu
       I – Isu                                     K – Kesan
       T – Tindakan                                T – Tindakan
       S – Soalan                                  H – Hasil
                                                   S – Soalan
       Kurang daripada 45 patah perkataan          Kurang daripada 90 patah perkataan
                                            Kata Kunci (Isi)
       I – Isi                                     T – Topik
       H – Huraian                                 M – Mengapa
       C – Contoh                                  B – Bagaimana
       P – Penegasan                               K – Kesan
                                                   U – Ungkapan
                                                   P – Penegasan



                                                  83                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd   83                                                 30/11/2022   12:14 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24