Page 22 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 22
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Penulisan
Penegasan Jelaslah, dengan menjaga kebersihan diri mampu mengurangkan
jangkitan COVID-19.
Kira 97 patah perkataan
Isi 2
Topik Kita hendaklah sentiasa memastikan penjarakan fizikal antara satu sama lain.
Mengapa Pengkaji perubatan mendapati bahawa virus ini lebih mudah tersebar melalui wap
air apabila seseorang itu tidak menutup mulut sewaktu batuk atau menyentuh
individu yang lain.
Bagaimana Sebagai langkah pencegahan, kita diminta untuk tidak pergi ke kawasan tumpuan
orang ramai dan menjaga jarak fizikal antara sama lain sekiranya terpaksa bertemu.
Akibat Menjaga jarak merupakan satu cara pencegahan yang dapat mengurangkan
berlakunya sentuhan dan mengelakkan virus dibawa balik ke rumah lalu
menyebabkan jangkitan kepada keluarga.
Peribahasa Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Penegasan Secara umumnya, jangkitan dapat dikurangkan sekiranya seseorang itu peka akan
amalan penjagaan jarak fizikal.
Kira 93 patah perkataan
Isi 3
Topik Kita haruslah duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar.
Mengapa Banyak kes jangkitan berlaku apabila seseorang itu bertindak melawat saudara-
mara atau melakukan aktiviti merentas daerah atau negeri tanpa keperluan yang
mendesak.
Bagaimana Aktiviti merentas daerah dan negeri dapat menyebabkan virus tersebar luas dari
kawasan zon merah ke kawasan yang bebas daripada kes COVID-19. Penyebaran
ini menjadi semakin teruk apabila individu berkenaan tidak mengetahui bahawa
dirinya dijangkiti kerana tidak mempunyai simptom yang jelas.
Akibat Perkara ini menyebabkan wujudnya pelbagai kluster akibat aktiviti ziarah atau
merentas negeri.
Peribahasa Ibarat seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Penegasan Sememangnya, jangkitan ini mampu dicegah hanya dengan sentiasa duduk di
rumah.
Kira 95 patah perkataan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 86
2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd 86 30/11/2022 12:14 PM

