Page 3 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 3
BAB
2 ASPEK PERUNDANGAN
PERNIAGAAN
PENGENALAN
Kontrak merupakan persetujuan antara dua atau lebih pihak untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Undang-undang kontrak di
Malaysia berasaskan “common law” dan dikawal oleh Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1974)
bersama beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun, prinsip-prinsip dalam
“common law” masih terpakai di negara ini menerusi peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta
Undang-Undang Sivil 1956. Ini kerana Akta Kontrak 1950 bukanlah suatu Akta yang lengkap
dan menyeluruh bagi mengawal selia semua elemen-elemen dalam undang-undang kontrak.
Oleh itu, rujukan pada “common law” Inggeris adalah diperlukan. Jika terdapat percanggahan
antara Akta Kontrak 1950 dengan “common law”, maka peruntukan pada Akta Kontrak akan
mengatasi “common law”. Mengikut undang-undang kontrak di Malaysia, elemen-elemen
asas yang terdapat pada sesuatu kontrak itu adalah perjanjian (agreement), tawaran (offer),
penerimaan (acceptance of the offer), niat (intention to create legal relation), balasan (consideration),
ketentuan (certainty), dan keupayaan (legal capacity). Undang-undang kontrak secara umum
merupakan satu perjanjian yang mengikat pihak-pihak yang terlibat di sisi undang-undang di
mana pihak yang berkontrak mempunyai kewajiban melaksanakan obligasi yang dipersetujui
di bawah kontrak. Jika kontrak dilanggar, pihak yang teraniaya boleh menuntut remedi.
Peta Konsep
ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN
Undang-undang Kontrak Kontrak Jualan Barang-barang
Elemen-elemen kontrak: Syarat-syarat kontrak: • Akta Jualan Barang- Elemen-elemen yang perlu
• Tawaran • Kontrak sah barang 1957 ada dalam kontrak:
• Penerimaan • Kontrak tidak sah • Maksud kontrak • Waranti
• Balasan • Kontrak batal jualan • Keterangan
• Niat • Pelepasan kontrak • Syarat-syarat • Bebas daripada
• Ketentuan • Remedi tersurat dan tersirat kesulitan
• Keupayaan • Boleh guna
• Mutu
02 PraU Pnigan P2.indd 91 07/12/2018 9:58 AM

