Page 5 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 5

Pengajian Perniagaan Penggal 2  STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
                Tawaran

                  1  Tawaran ialah janji yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada
                     penerima tawaran dengan niat bahawa tawaran itu akan                    Elemen-elemen                          Sila layari laman web berikut
                                                                                                                                    untuk mendapat maklumat
                     mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang                 Kontrak                                lanjut tentang elemen-
                     apabila janji itu  diterima  oleh penerima  tawaran. Sesuatu     INFO                                          elemen kontrak.
                                                                                                                                    http://tutor2u.net/law/notes/
                     tawaran boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Tawaran juga                                                  contract-elements.html
                     dinyatakan secara nyata atau tersirat. Contoh: A menawarkan
                     untuk menjual kereta pada harga RM60 000 kepada B.
                  2  Elemen-elemen tawaran:                                                 ’10                BAB
                     (a)  Tawaran mestilah jelas, lengkap, dan muktamad
                         Tawaran mesti mengandungi terma jelas dan nyatakan                                   2
                         kepada siapa ditujukan. Tawaran yang kabur tidak akan
                         menjadikan tawaran ini mengikat di sisi undang-undang.
                     (b)  Penerima tawaran harus ditentukan                         Elemen penting tawaran:
                         Tawaran boleh ditujukan kepada seseorang yang khusus       •  Jelas, lengkap, dan
                                                                                      muktamad.
                         atau kepada sekelompok orang atau umum. Bagi tawaran       •  Penerima tawaran harus
                                                                                      ditentukan.
                         yang dibuat khusus kepada seseorang, penerima tawaran      •  Tawaran berbeza daripada
                         dipilih oleh pembuat tawaran dan pihak lain tidak boleh      pelawaan tawaran.
                         menerima tawaran. Contohnya A bersetuju menjual
                         kereta Ford kepada B pada harga RM60 000. Tawaran
                         ini hanya boleh diterima oleh B dan bukan orang lain
                         kerana tawaran ini khusus ditujukan kepada B. Tawaran
                         yang dibuat kepada sekelompok orang atau umum pula
                         boleh diterima oleh sesiapa sahaja.
                     (c)  Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran
                         (Pelawaan tawaran adalah seseorang hanya ingin
                         melakukan perundingan tetapi tidak berkehendak untuk
                         terikat dengan syarat-syarat perundingan.) Pelawaan
                         tawaran akan membuka peluang kepada pihak lain untuk
                         membuat tawaran. Contoh:
                         (i)  Lelongan
                              Lelongan bermula dengan pelelong menyatakan
                              harga pembukaan dan memberi peluang kepada
                              orang ramai bagi membuat tawaran harga yang
                              lebih tinggi. Tindakan pelelong membuka tawaran
                              harga ini hanyalah pelawaan tawaran dan bukannya
                              satu tawaran. Setiap pihak yang menyebut harga
                              yang diingini mereka membuat tawaran kepada
                              pelelong.
                         (ii)  Edaran dan pengiklanan
                              Bertujuan memberi penerangan mengenai barang



                                                                                                        93





         02 PraU Pnigan P2.indd   93                                                                   07/12/2018   9:58 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10