Page 8 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 8

Pengajian Perniagaan Penggal 2  STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
                                               (b)  Penerimaan itu mestilah dibuat secara biasa dan
                                                   munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara
                                                   penerimaan. Jika tawaran dibuat dengan surat maka
                                                   penerimaan juga perlu dibuat dengan surat melainkan
                                                   pencadang menetapkan cara penerimaan yang lain.
                                               (c)  Sesuatu   penerimaan      yang    dibuat    mestilah
                                                   dikomunikasikan, iaitu penerima tawaran mesti
                                                   memberitahu pembuat tawaran sama ada menerima
                                                   atau menolak tawarannya. Kaedah am menyatakan
           BAB                                     penerimaan mesti dikomunikasikan kepada pihak yang
                                                   membuat tawaran. Komunikasi penerimaan ini dianggap
          2                                        efektif hanya apabila ianya diketahui oleh pembuat
                                                   tawaran. Kaedah ini walau bagaimanapun hanya terpakai
                                                   apabila  penerimaan  dibuat  secara  lisan,  atau  dengan
                                                   telefon, dan seumpamanya.
                                               (d)  Sesuatu penerimaan mesti dibuat dalam jangka masa
                                                   munasabah.
                                               (e)  Sesuatu penerimaan tidak akan terbuka untuk selama-
                                                   lamanya.
                                               (f)  Sesuatu penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja
                                                   pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

                                            5  Kes berkaitan dengan tawaran dan penerimaan:
                Preston       Edward
                 Corp.   vs   Leong &
               Sdn. Bhd.       Ors              Dalam kes ini, plaintif (Preston Corp Sdn. Bhd., syarikat
               (Syarikat      (Syarikat         penerbit buku) dan defendan (Edward Leong & Ors, syarikat
                penerbit     pencetak)          pencetak) telah menjalin satu perjanjian di  mana defendan
                 buku)       (Defendan)
                (Plaintif)                      bersetuju mencetak buku teks keluaran plaintif. Terdapat dua
                                                isu yang dipertikaikan:
                                                (i)  Bayaran lebihan sebanyak RM500.
                         Isu:
                 Bayaran lebihan RM500          (ii)  Tuntutan hak milik filem pencetakan.
                 Tuntutan hak milik filem       Keputusan awal Mahkamah Tinggi adalah:
                      pencetakan
                                                Negatif ialah hak milik pencetak dan kos cetak semula ditanggung
                                                oleh pelanggan (Preston Corp). Keputusan mahkamah tinggi
                                                memihak kepada defendan.
                                                Plaintif  membuat rayuan  di Mahkamah  Persekutuan.  Kes  ini
                                                merupakan kes rayuan.
                                                Isu yang dipertikaikan adalah mengenai tuntutan hak milik
                                                filem pencetakan dan bayaran lebihan sebanyak RM500 yang
                                                dipertikaikan. Dalam kes ini, perayu (Preston Corp) telah
                                                membayar semua kos pencetakan kecuali jumlah RM500
                                                yang dipertikaikan. Perayu juga menahan bayaran tambahan
                                                sebanyak RM28 052 yang dikenakan oleh responden (Edward
                                                Leong & Ors) sebagai caj tambahan untuk menghasilkan filem
                                                pencetakan.



               96





         02 PraU Pnigan P2.indd   96                                                                   07/12/2018   9:58 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13